Tuesday 19 November 2013

Filem Highland Tower vs Tragedi Villa Nabila

Korang dah tengok ke belum filem Highland Tower?..ada yang kata best, seram..siap ada yang kena hesteria kat wayang..dan tak kurang juga ada yang kata, tipu…adik aku angah, siap tgk kat MBO Terminal 2 ngan tunang dia..dahlah sebelah MBO tue, jirat Cina..*jirat tue kubur yer..ini bagi yang tak tau la…beria-ia cerita kat kitorang..seram la, real la…so, aku pun apalagi teruslah melanggan kat Astro First (cepat giler kluar kat Astro)… punyalah tak sabar nak tgk the real hantu…*macam berani je ko kan..ermmm, first time tengok tu, mmg asyik terkejut je la kan…masa tu tengok ramai2 ngan adik-beradik aku, ipar duai termasuk mak pak aku sekali…yang perempuan2 termasuk aku la tu, terjerit2 jugak la..hihihihihi…bukannya takut..tapi terkejut2…*eleh tak nak ngaku la tue….yang lelaki, aku tgk steady jer..siap jebik2 bibir lagik…

Ehsan dari Pakcik Google

Memandangkan kitorang tgk filem ni kat Astro First, so boleh la ulang 2 ke 3 kali…2nd time tgk, aku dah rasa cam pelik..ermm…cam tipu jer..cam tipu jer…aku rasa yang kene rasuk tue cam dibuat2…*pada pendapat aku la..korang jgn lak marah…tapi serius, kali kedua tgk filem tue, dah tak der adegan nak terjerit2 lagi dah..masing2 sume dok buat Q &A ..”Eh, betul ke tu?..ntah2 org dok menyamar jadi antu kot..”..hihihi…bagi aku la kan, kalau betul la yang diorg nampak tue hantu, awal2 lagi diorg dah cabut..ni siap nak repeat, kononnya nak cari footage la..apa la…bapak aku lagi best, “Eleh, bodoh2 je kena tipu korang ni..”..hahahahaha…tak pasal2 kena bodoh ngan bapak sendiri.. bagi aku la, filem ni ok la nak buat stok terkejut2 depan tv..

Lepas heboh fasal filem Highland Tower ni, tetiba timbul plak cerita fasal Villa Nabila kat Johor yang katanyer ada 23 orang budak dah hilang…maka, dengan gigihnya aku pun cari info kat tenet berkenaan dengan hal ni… bermacam-macam jugaklah info yang keluar kat FB, Insta, blog menceritakan fasal kejadian kat Villa tue….daripada 23 orang yang hilang, 22 orang telah dijumpai dan hanya seorang yang masih belum dapat dikesan..apa lagi, keluarlah cerita yg konon2nya budak tue dah kena sorok kat hantu2 yang menghuni Villa tsbt..tup2, ghoper2nyer budak tue duk lepak kat rumah member dia dengan girlfriend dia sekali…hadoilaaaaa…buang masa tul laa..info fasal kejadian kat Villa ni aku dapat dari blog Mazidul dan Hazrey
 
Ehsan juga dari Pakcik Google
Bagi aku la, tak payahlah kita manusia ni dok sibuk2 cari ‘benda2’ tue..dah mmg ada pun..dalam Al-Quran pun telah dinyatakan kewujudan syaitan & iblis ni..dan tempat2 kosong, terbiar dan kotor tu mmg menjadi kesukaan mereka…

Aku kalau diberi offer RM1 juta sekali pun untuk cari benda alah tu, dengan relanya aku tolak…tak sanggup woooo…..

Keylah..tue jer N3 hari ni…daaaa

-Love-



Sunday 17 November 2013

Zumba...Party in Pink

Dah lama aku tak join zumba ni...best woo...cuma aku takder la aktif sangat..join pun suka2 jer..tak pro mana pun..semalam, 16.11.2013, ada event zumba kat Royal Sungai Ujong Club, Seremban..apa lagi, memandangkan dah lama tak join, aku pun tak nak la lepaskan peluang kan..kan..kan...event start pukul 7.30 mlm hingga 10.30 mlm..enjoy sangat....

Kami bertiga..
Cer cari mana aku?..hikhikhikhik


Memandangkan dah lama tak exercise...semalam aku balun terkinja-kinja kat situ..balik rumah, pengsan..pagi tadi, terus g jumpa bidan minta urut kaki...hahahahahahahahahahaha...sapa suruh kan.....

Key la nak layan movie.. daaaa

-Love- 

Aku dan Roadtax...

Padan muka penjenayah (pembunuh pegawai AmBank) yang polis dok cari skang ni dah kena tangkap, semoga kematian arwah dapat dibela..amin2..hebakkk..hebakkk pak polisi kita..ko ingat, senang2 buat jahat pastu nak blah cenggitu jer..siap la ko..harhahrhahrha...(sorry la yer, aku ketinggalan sikit...hahaha...)

Harap2 Hakim yang buat keputusan untuk kes tersebut akan jatuhkan hukuman yang setimpal..dan harap kerajaan akan jadi lebih prihatin terhadap permasalahan pendatang asing dan pendatang asing yang menggunakan IC palsu..banyak lagi permasalahan dalam negara kalau disingkap..tapi aku yakin kerajaan pasti akan buat sesuatu untuk itu....vavavava...semangat pulak aku ni..hahaha, jauh pulak aku lari dari tajuk..


Hari ni, aku tak  larat betul...tidur kul 6.30 pagi...hahahaha, sapa suruh kan...pastu, cam biasa anak2 aku pagi2 dah merengek nak susu...terpaksalah menggagahkan diri bangun buat susu and bersiap2 utk pergi sarapan...pening kepala!!!...So, pepagi tadi dah kluar g breakfast and pegi pos laju nak post barang..masa on da way nak balik, ada pulak JPJ tengan buat roadblock..alamak!!!...roadtax kete aku dah mati 2 bulan..hadoi, (apa yang aku ingat ntah..) apa lagi, gelabah aku anak beranak...last2 skali, aku park tepi jalan, aku trus g kedai, lepak minum balik...hahahahaha, dah la baru lepas melantak kat Seremban, pastu sambung pulak ngeteh kat area rumah aku ni..mengelembung perut aku..naik sebu dibuatnya..

Adoi2 pening kepala aku...camner la boleh lupa nak hidupkan roadtax ni....

-Love-

Friday 15 November 2013

Senang tak nak Cari BFF/Sahabat?

Hihihi..sesuatu sangat kan up entry cenggini..sepanjang aku hidup kat bumi Allah S.W.T. ini , aku belum lagi jumpa dengan orang yang boleh aku anggap betul2 sahabat…mungkin aku ni terlalu memilih kot..sahabat susah dan senang..ketawa bersama, menangis bersama…tapi aku cukup ramai kawan bergosip, kawan menggedik, kawan lunch, kawan karaoke..hikhikhikhikhikhikik…adakah aku seorang yang rugi?..ermmm…bagi aku tak kot..sebab aku ada ramai2 kawan, walaupun takder seorang pun kawan yg aku boleh anggap BFF



Aku memang susah nak bagi title BFF tue kepada seseorang..sebab, belum pernah lagi aku jumpa seseorang yang sanggup bersusah senang ngan aku..yang ada cuma orang sanggup bersenang-senang sajorkkkk…..pedulikah aku?...kadang2 la…hahahahahhahahahaa…..

Bagi korang yang sememangnya ada BFF yang sentiasa rela bersusah senang ngan korang, tahniah aku ucapkan..mungkin aku tak berapa beruntung kot dari segi berkawan..hahahahaha…takper2, yang penting masih ada yang sayang…


-Love-

Wednesday 6 November 2013

Seronok wooo…


Salam semua….korang pernah dengar tak fasal Zumba..mesti penah kan..kan..kan..yang tak pernah dengar, sila gunakan khidmat pak cik Google yer…sebenarnya aku  nak citer...aku mula2 jatuh hati ngan zumba ni 2 tahun yang lepas..masa tue join kelas Zumba kat Pejabat Kerajaan Negeri Sembilan kat Seremban 2.  Nama cikgu kita orang Kak Eija..memang besh ok..aku pegi ngan 2 orang kawan aku…best sangat2..Kak Eija sangat la sporting..

Aku & da Geng join kat sana tak lama sangat la, sebab Kak Eija dah ada bukak kelas kat Garden Home, Seremban 2....monthly bayar RM100…OK la…sebab dia akan tunjuk ajar sampailah kita pandai..or sampai lebam (aku la tue..hahahahahah)…dari situ aku mula join group dia orang pegi Kajang, buat Show…vavavava…rasa cam retis pulak aku…hahahahaha…..gila punya statement…besh woo…sapa sangka badan besar cam aku leh buat show..Zumba plak tue…atas stage okeyy..hahahahaha..gile glamour..lantakkk..

Before buat show..gagagagagaaga...

With our Zins....sgt2 sporting...

Zumba ni best tau (sebab leh terkinja-kinja..opppsss)…happy jer, tak stress…enjoy sebab korang exercise ikut rentak lagu…lagu best2 plak tue...masa aku join kelas zumba ngan Kak Eija ni, aku rasa salute sangat sebab yang join kelas ni, ada yang dah berumur 40 tahun tapi lincahnya usah cakap la…tak mampo acik nak koja ehh…badan fit..mantappp…fuhhhh…semua yang join kelas tue, super peramah…so takda maknanyer ko nak segan silu pilu…

Untuk pengetahuan korang jugak, dek kerana seronoknya follow zumba ni, aku ada pergi ambik asas guru senamrobik tau…event tu kat Melaka.. ..bessshhh..tapi disebabkan terlalu excited terkinja-kinja..terus lutut aku cedera…(dan sampai sekarang aku masih lagi sakit)…takper…aku tetap tak putus asa beb…dah kata minat kannn…aku pi download jer video zumba..aku berzumba kat rumah..kadang2 jer aku join diorg…
Ni, masa amik kursus asas jurulatih senamrobik...hahaha..tapi tak cukup hour lagi...so, jgn nak berangan sgt laaaa..


Tapi, yang paling best sekali, aku dapat info dari geng aku...pada 16.11.2013 ni, ada Party Zumba in Pink, venue dia kat Dewan Sungai Ujong, Seremban…harusss aku tak akan lepaskan peluang ni beb….dah lama stop ni…kikikikikikiki…nanti aku update korang fasal party Zumba tue yer….hihihihi…ehh..kalu korang rasa2 nak join Zumba..pegi jer...aku gerenti besh ok...hikhikhikhikhik
Sila abaikan kesan keronyok tue yerr...


Ok, lahh..aku ada kerja lagi..cau cin cau….


-Love-

Tuesday 5 November 2013

Selamat Tahun Baru...

Sekejapan jer kan dah tahun baru...kejap jer...so, korang..apa azam korang?...aku? Of course, sentiasa berusaha untuk menjadi isteri, anak dan ibu yang solehah..in sha Allah...amin2...Semoga tahun baru ini akan membawa seribu kebaikan dan menghindar seribu keburukkan...amin2 juga...

Tadi, aku pergi klinik jap..nak check lutut aku yang sakit ni..dah dekat beberapa bulan kot aku menderita sakit lutut ni..so, tadi pergi doktor kata tak ada apa-apa..mungkin sebab hentakan atau pun berat badan (huhuhuhuhu)...doktor nasihatkan aku supaya kawal pemakanan (nak kata aku gemuk la tue..haip!! babab kang)..sebab katanya kaki aku tak mampu nak tampung berat badan aku ni..huhuhuhuhuhuhu...takper2,, akan ku masukkan juga dalam list tahun baru aku..NAK KURUS!!!...huihiuhiuhiuhiui....

Dah seminggu aku berdiet, sepatutnya aku kena timbang hari Senin lepas..tapi aku takut la pulak..takut tak leh terima kenyataan berat tak turun2...ingat hari ni baru nak pi timbang...harap2 ada la improvement...

Korang doakan aku yer...

-Love-

Friday 1 November 2013

Bila Ada je yang tak puas…..



Salam uolls..

Vavava..N3..apa yang tak puas?...ngeh…ngeh..ngeh..hah ko, hari ni sampai dua kali N3 aku buat..ngah..ngah..ngah..pedulik apa aku kann..blog aku, aku punya suka la..

Aku nak tanya la kat korang kan..pernah tak dalam hidup korang ada satu perasaan yang tak pernah puas hati memanjang?...yelah, walau tak banyak, at least mesti pernah rasa sikit kan?...tipu kalu kata tak der…..tapi maksud aku kat sini, SEMUA BENDA dia rasa tidak puas hati..

Bukan apa, aku ada la gak kenal 2 ke 3 orang yang ada perangai macam ni..semak gak la..sebab bila jumpa jer…mesti ada benda nak citer fasal tak puas hati..aku ni dah la kerja dok perah otak baca tulisan bos aku (sape suruh ko jadi SU)…bila lunch jer, dengar lak citer..”Cuba ko fikir, patut ker dia buat cenggitu kat sipolan2?”…”Ko rasa dia tu baik sangatttt ke..” and etc2…..Woiii…aku kalu kluar lunch nak g makan and rehat kan otak aku ni sikit..bukan nak fikir masalah korang..aduiiiiillaaaaaaaa…penat woo otak aku nak fikir…

Yang paling aku rasa tak selesa or menyampah sangat bila sidia ni ada je perasaan tak puas hati kat seseorang tue, terus blame giler2 siap kutuk2 segala macam, cam dia dah kenal suploh tahun ngan orang tue..Helllooooo…tolonggg laaa….

Takkan la gara2 dia tak banyak bergaul ngan ko…ko pun terus kata dia sombong, macam bagus la..belagak la..patut ker?...ko kawan la ngan dia dulu…ini tidak ko cakap bukan2 fasal dia..huhuhu..stresssss cik wok tau…aku bukannya apa…cukup2 la citer fasal tak puas hati ni kat orang lain…bawak2 muhasabah diri sikit…TQ

Adoooiiiiiii…Sorry la yer ….terluah perasaan kat sini pulak..


-Love-

Bila Semua Cerita Berunsurkan Seks…



Aku cukup menyampah bila ada orang kalau bercerita mesti ada terselit citer2 lucah…Cukup tak suka OK!!...Tak pun, bila nampak jer orang tue cam seksi2 skit…mulalah cerita yang bukan2 keluar kannn….HAMBOI2…Aku tau korang pun mesti pernah berdepan ngan situasi cenggitu kann....beh baik ngaku *angkat2 kening..

Ok, buat makluman korang semua (cewahhhh)..aku ni seorang yang agak berisi dan mempunyai bontot yang agak besaq (pear size)..so, untuk orang yang macam aku ni, mmg agak susah la nak tutup ‘kelebihan’ yang aku ada tue..nak buat camner kannn…dah Allah anugerahkan kat aku..terima jer lerrrr….yang penting, KORANG HADO?...hakhakhakhakahka…

Aku ni pegi keja pakai baju kurung jer tau..kadang2 ada la gak pakai skirt or sluar…tapi jarannnngggg..jarannngggg….mostly, aku akan pakai baju kurung..pernah la sekali, masa nak balik, aku lalu la kat depan group jantan2 karberet yang ada kat office aku ni…boleh dia org sound aku…”Fuyoooo…bergegarrrr..”…aku yang tengah jalan…rasa cam kene kejutan elektrik ko tau tak…nak jalan ke tak..nak jalan ke tak…malu yang amat kot…aku bukannya pakai baju  kurung moden ke apa masa tu..aku pakai baju kurung Pahang OK…aku tak tau apa yang bergegar…nak tak nak..aku wat bodoh…aku jalan jer…tapi dalam hati…aku vavi2kan manusia durjana itu….kong aja sgtkan..

Pernah sekali tue, kejadian dalam lift..masa tue hanya aku dan sorang staff lelaki (yang boleh ku anggap atok) dalam lift tue..boleh, tetiba dia cakap kat aku..”mana2 lelaki yang kahwin ngan aku, kompom tak lepas”…(masa dia cakap tue aku lum kahwin lagi ok)…aku tanya dia balik, “Apasal plak?!!”  “Sebab ko punyer besar..”  BOLEHHH??...aku yang masa tue masih bujang, malu tak terkata kot..naik merah muka aku menahan marah, punyalah bengang…. takper2, siap ko…masa pintu lift terbukak, aku cakap kat dia…”Ko tak malu ker cakap cenggitu kat aku..aku ni umur cam anak ko jer tau…Buat malu jer..” terus aku kluar…hahaha..terpinga2 orang tua ganyut tue..puas hati aku..hilang rasa hormat aku kat orang tua tue…Sejak kejadian tue, bila dia nampak aku jer, dia akan buat donno..BAGUSSS…aku pun tak sudi nak bertegur sapa ngan ko la..

Untuk orang2 lelaki kat luar sana..tolonggg laa hormat sikit kat kaum wanita  ni..kalu nak gurau2 tue bolehhh..dipersilakan..tapi jangan la kaitkan dengan benda lucah2 ni..sesetengah orang mungkin boleh layan kot..tapi korang kena la fikir jugak..apa perasaan korang bila ada lelaki lain cakap cengitu kat isteri korang?..takkan korang nak kata, “Ala, dio gurao yo tu…”

Kepada korang wanita2…kalu ada yang buat perangai tak semenggah tue kat korang..korang bagi je sedas..takpun, korang report je kat boss..baru padan muka ngan diorang..aptb…

Dah2..malas nak citer panjang..nak bersiap pegi Zumba nihhh….


-Love-