Sunday 9 March 2014

Ibu...kenapa ibu tak sama dengan 'Dia'?...huhuhu

Ha kau, dah lama tak update, sekali update ko..sampai 3 kali...hahahaa....

Sebenarnya, aku teringat dekat anak aku Syafiq...semalam, masa tengah tolong dia buat kerja sekolah, aku ada la buat skit pop kuiz...aku bagi perkataan atau gambar, suruh dia eja...nak tengok, dia boleh tangkap tak...alhamdullillah...semakin maju...syukur....

Masa tgh sibuk dok buat ulang kaji tue...aku tunjuk la gambar orang utan...

Ibu:  Syafiq, ini gambar apa?
Syafiq:  Orang Utan bu..
Ibu:  Bagussssss...cuba eja...
Syafiq: (Mengeja dengan jayanya)...


lepas jer dia jawab soalan pop kuiz aku tue....dia pulak bagi aku soklan cepumas...

Syafiq:  Ibu, nape nama monyet ni Orang Utan?
Ibu:  Sebab dia macam orang, cuba Syafiq tgk tangan dia..muka dia..ada iras2 manusia kann....tapi dia tak sama macam kita...dia jenis monyet...(cenggitula lebih kurang jawapan aku).
Syafiq:  Oooooooooooooooo......(macam faham jer).....Habis tue, naper badan Ibu tak der bulu macam dia?
Ibu:  gulp....

Laki aku dengar, terus gelak macam org meroyan...kuang jaq sgtttttt.....takper2.......sabar yer Dee...

Apa pandang2....

With Love


Dee

Masala Bhangraa…….ammmaaa…..

Hiiiiiiiii uollssssss…..ceria2….ni, hakak nak citer….hari tue, pd 8.2.2014, hakak ada join satu event senamrobik kat salah satu fitness center kat area Seremban 2… seronok woooo…siap ada artis jemputan gitew...siapa lagi, Kak Adilla la...…mmg happening…tema hari tue, ‘Masala Bhangraa’..berbollywood la kiranya sekalian manusia pada hari tersebut…waaaaa….suka2…..

Sebenarnya, dah lama dah tengok Kak Adilla punya aktiviti aerobik kat FB beliau…sgtlah happening.....so, bila dah ada peluang untuk jumpa dia masa hari kejadian, amatlah seronoknya yang ter ber…So far, hari tue, kita org buat rutin untuk Masala Bhangra….stepnya mmg lembut..tapi peluh yg keluar…naik lencun baju aku….huhuhuhu…fuh, berbaloi….siap ada battle lagi ko…hahahahahahahaahahaa…..muka aku haruslah yg kene enteprem…kui..kui…kui….

Selesai, buat Bhangraa….kita orang continue pulak dengan rutin Zumba & Batuka…wallaaahhh…instructornya, siapa lagi kalu bukan Kak Eija super de gojessss….

Memang berbaloiiiiiiii-balooooiiiiii….instructor yang sporting and happening….participant yang gojes2…haruslah berbaloooiiiiii… lagi 2 minggu ada event kat Royal Sungai Ujong Club…macam nak join jer..hihihihihihi…….

Moh, tengok gambar hakak ‘n’ da gojes2 yang lain….
Pose 1

Pose 2

Pose 3

Member yg sgt happening...
(Sila abaikan kegedikkan yang melanda....)
Kak Adilla yang sgt la comel...

Dengan Kak Eija yang super gojes...

Geng Letopsss....hahaha



With Love,


Dee

Murahnya Nilai Cinta....

Vavavavava….pepagi dah berfalsampah gitew…aku bukannya apa, kekadang pelik dengan perangai sesetengah manusia yang terlalu taksub dengan cinta…sampaikan tak tahu nak menilai mana satu permata mana satu kaca…

Kadang-kadang, bila bercinta ni…kita jadi lupa dgn apa yg kita buat…kita jadi leka…semuanya nampak indah…tak kisahlah kentut ko bau bangkai ke….muka ko serupa tar berlopak dah bertahun tak berturap…yang penting, dimata kita ttp wangi..tetap hensem….pedulikan apa orang kata, asalkan kita bahagia..

Itu kalau pilihan kita tepat, alhamdulillah….syukurrrr…Tapi, buat yang pilihannya kurang tepat atau senang cerita pasangan kita tue jenis yang suka ambil kesempatan di atas kelemahan diri kita?..apa patut kita buat?...itu yang boleh jadi kes pisau cukur, kes belasah membelasahi pasangan…kes pasang 3 – 4 orang skandal..kesiannnnn…

Kadang-kadang perkara mcm ni pun boleh berlaku pada ahli keluarga kita or orang sekeliling kita…sebagai orang yang terdekat, mungkin kita boleh cuba untuk beri nasihat, tapi apa yang penting adalah tuan empunya badan itu sendiri untuk terima kenyataan itu atau tidak…sebab terdapat sesetengah manusia  ni, bila dinasihatkan, dikatanya kita ni busy body, jealous or dengki tgk betapa dia bahagia….payah jugakkan..

Pokok pangkalnya, bila bercinta tue biarlah berpada-pada..jgn percaya 100%.....jgn diserahkan segala-galanya….manusia ni, rambut jer sama htiam..hati lain-lain…sementara masih bernilai, kitalah intan..kitalah payung..bila dah habis nilainya, silap sebesar tungau pun boleh diungkit….masa tue, makan hati berulam jantung pun dah tak guna…nak salahkan siapa?...

#harinifeelingnakjadikaunselorpulak#....



With Love,

Dee