Wednesday 4 February 2015

Duhai Anak

Assalamualaikum..

Sebagai ibu dan ayah, belum pernah ada yang meminta atau mendoakan yang bukan-bukan untuk anak kita.   Kalau boleh, keluar jer dari perut trus nak lihat dia jadi doktor, engineer, angkasawan, bangsawan, sukarelawan..eh..eh..melalut plak dah ko ni. Haha..sila abaikan..

Tak terkecuali aku..yes..aku…

Kalau boleh, aku nak anak-anak aku jadi orang hebat-hebat…sapa ibu ayah yang tak nak anak dia jadi orang hebat?...semua nak…semua nak yang terbaik…caranya?...terpulang pada diri masing-masing dalam mendidik anak-anak.

Mereka anak-anak kita adalah kain putih yang kita sendiri akan corakkan…kalau hitam..hitamlah dia..kalau putih..putihlah dia..kalau bercorak..maka corak batik lah jadinya…Kita tidak boleh sentiasa serius or tegas dalam mendidik anak-anak..tegas biar pada masa dan ketikanya…garang biar bertempat…jangan mudah melabelkan ‘Bodoh’ pada anak-anak…baik anak sendiri atau anak orang lain…Hebatkah kita? Cer cek balik…

Aku bagi situasi la yer…contohnya,

Bila anak kita ditempatkan di dalam kelas kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam, ketujuh atau seterusnya…adakah kita harus malu dan marah pada anak kita?. ..”Kenapa tak masuk kelas nombor 1?”….

Adakah kerana anak kita yang hyper, suka berlari, suka menjerit (anak aku la tue…hahah)...kita akan kategorikan anak-anak kita ni sebagai anak susah nak dibentuk, susah nak diajar atau degil?.. ..Hello….baru sekolah rendah koootttttt…..

Or, adakah kerana sebab-sebab di atas anak-anak kita ni dianggap berbeza dengan anak orang lain, lalu menjadikan kita sebagai ibu bapa yang gagal? Tidak pandai didik anak?...Ermmmm….susah nak den kobar an tu..

Adakah kerana anak-anak kita yang cemerlang dan bijaksana menandakan kita adalah ibu bapa yang paling berjaya berbanding mereka di atas?


Adakah kita boleh memandang kekurangan sesuatu itu hanya melalui penilaian mata kasar kita? 

Adakah kita sudah cukup berjaya dalam dunia sehingga boleh memandang rendah / sinis pada orang lain? 

Cukup sempurnakah kita? Hebat sangatkah kita? 


Errmm…tapi, apa nak buat..semua itu adalah lumrah manusia kan…senang nak melabel manusia…kalau boleh, aku la yang terbaekk..aku la yang terhebat…aku la segala-galanya..

Come on dude…Semua ni adalah rezeki yang Allah dah beri…mana yang kurang, ditambah..mana yang senget, diperbetulkan…mana yang pincang, disusunkan….Kita sebagai ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam hidup anak-anak kita…pedulikanlah dengan apa yang orang nak kata fasal anak kita..pedulikanlah tentang anggapan mereka semua..yang penting kita sebagai ibu bapa kepada anak-anak kita, yakin dan percaya bahawa anak-anak kita adalah yang terbaik buat kita.   Mereka masih kecil..masih banyak perkara yang belum mereka faham dan masih banyak lagi yang perlu mereka belajar..beri peluang pada mereka untuk tunjukkan potensi mereka.  Learning process should be fun babe…

Biarlah apa yang orang lain nak fikir..nak cakap…nak label…nak ngumpet…pedulikkan..yang penting….

Kita Ibu Bapa, perlu pastikan anak-anak kita akan lakukan yang terbaik…jadi yang terbaik… sentiasa didik mereka…biarlah orang di luar sana dengan hati mereka..dengan pandangan mereka…kerana bagi aku, itu adalah pahala buat anak-anak kecil ini.........

Aku berkata bukanlah kerana nak menunjukkan yang aku ni hebat dalam mendidik anak-anak…terlalu banyak yang perlu aku perbaiki dan pelajari dalam menjalani kehidupan aku…nak muhasabah diri beb….tak mahu mendongak langit terlalu tinggi, takut terjatuh terjelepok..bedepuk..jatuh tersembam…melepek kat bumi Allah..baru ada akai haaaa…

So, bagi ibu-ibu yang di luar sana, janganlah berputus asa yer…pesanan khidmat masyarakat…tak lupa untuk diri sindrik gak..


Ok dah…sau cin cau…

With Love

-Dee-