Wednesday 4 February 2015

Duhai Anak

Assalamualaikum..

Sebagai ibu dan ayah, belum pernah ada yang meminta atau mendoakan yang bukan-bukan untuk anak kita.   Kalau boleh, keluar jer dari perut trus nak lihat dia jadi doktor, engineer, angkasawan, bangsawan, sukarelawan..eh..eh..melalut plak dah ko ni. Haha..sila abaikan..

Tak terkecuali aku..yes..aku…

Kalau boleh, aku nak anak-anak aku jadi orang hebat-hebat…sapa ibu ayah yang tak nak anak dia jadi orang hebat?...semua nak…semua nak yang terbaik…caranya?...terpulang pada diri masing-masing dalam mendidik anak-anak.

Mereka anak-anak kita adalah kain putih yang kita sendiri akan corakkan…kalau hitam..hitamlah dia..kalau putih..putihlah dia..kalau bercorak..maka corak batik lah jadinya…Kita tidak boleh sentiasa serius or tegas dalam mendidik anak-anak..tegas biar pada masa dan ketikanya…garang biar bertempat…jangan mudah melabelkan ‘Bodoh’ pada anak-anak…baik anak sendiri atau anak orang lain…Hebatkah kita? Cer cek balik…

Aku bagi situasi la yer…contohnya,

Bila anak kita ditempatkan di dalam kelas kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam, ketujuh atau seterusnya…adakah kita harus malu dan marah pada anak kita?. ..”Kenapa tak masuk kelas nombor 1?”….

Adakah kerana anak kita yang hyper, suka berlari, suka menjerit (anak aku la tue…hahah)...kita akan kategorikan anak-anak kita ni sebagai anak susah nak dibentuk, susah nak diajar atau degil?.. ..Hello….baru sekolah rendah koootttttt…..

Or, adakah kerana sebab-sebab di atas anak-anak kita ni dianggap berbeza dengan anak orang lain, lalu menjadikan kita sebagai ibu bapa yang gagal? Tidak pandai didik anak?...Ermmmm….susah nak den kobar an tu..

Adakah kerana anak-anak kita yang cemerlang dan bijaksana menandakan kita adalah ibu bapa yang paling berjaya berbanding mereka di atas?


Adakah kita boleh memandang kekurangan sesuatu itu hanya melalui penilaian mata kasar kita? 

Adakah kita sudah cukup berjaya dalam dunia sehingga boleh memandang rendah / sinis pada orang lain? 

Cukup sempurnakah kita? Hebat sangatkah kita? 


Errmm…tapi, apa nak buat..semua itu adalah lumrah manusia kan…senang nak melabel manusia…kalau boleh, aku la yang terbaekk..aku la yang terhebat…aku la segala-galanya..

Come on dude…Semua ni adalah rezeki yang Allah dah beri…mana yang kurang, ditambah..mana yang senget, diperbetulkan…mana yang pincang, disusunkan….Kita sebagai ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam hidup anak-anak kita…pedulikanlah dengan apa yang orang nak kata fasal anak kita..pedulikanlah tentang anggapan mereka semua..yang penting kita sebagai ibu bapa kepada anak-anak kita, yakin dan percaya bahawa anak-anak kita adalah yang terbaik buat kita.   Mereka masih kecil..masih banyak perkara yang belum mereka faham dan masih banyak lagi yang perlu mereka belajar..beri peluang pada mereka untuk tunjukkan potensi mereka.  Learning process should be fun babe…

Biarlah apa yang orang lain nak fikir..nak cakap…nak label…nak ngumpet…pedulikkan..yang penting….

Kita Ibu Bapa, perlu pastikan anak-anak kita akan lakukan yang terbaik…jadi yang terbaik… sentiasa didik mereka…biarlah orang di luar sana dengan hati mereka..dengan pandangan mereka…kerana bagi aku, itu adalah pahala buat anak-anak kecil ini.........

Aku berkata bukanlah kerana nak menunjukkan yang aku ni hebat dalam mendidik anak-anak…terlalu banyak yang perlu aku perbaiki dan pelajari dalam menjalani kehidupan aku…nak muhasabah diri beb….tak mahu mendongak langit terlalu tinggi, takut terjatuh terjelepok..bedepuk..jatuh tersembam…melepek kat bumi Allah..baru ada akai haaaa…

So, bagi ibu-ibu yang di luar sana, janganlah berputus asa yer…pesanan khidmat masyarakat…tak lupa untuk diri sindrik gak..


Ok dah…sau cin cau…

With Love

-Dee-







Sunday 11 January 2015

Mengandung dan keguguran (Entry Tertunggak)



1 November 2014, aku disahkan mengandung dan masa tu usia kandungan aku berusia 5 minggu…alhamdulillah…kandungan yang kedua bagi tahun 2014.  Namun, kali ni aku pelik sebab aku langsung tak rasa mual-mual, muntah-muntah (morning sickness) seperti yang pernah aku rasa semasa mengandung anak-anak aku yang lain.  Pada mulanya, rasa syukur sangat…mungkin Allah S.W.T. permudahkan jalan bagi aku kali ini. Kalau diikutkan, kandungan aku ni adalah kandungan yang keenam tapi atas sebab-sebab kesihatan serta rezeki yang tidak berpihak kepada kitorang, yang hidup hanya 2 orang sahaja.  Ye, aku telah mengalami keguguran sebanyak 1 kali sebelum mengandungkan Syafiq dan 2 kali abortion atas sebab kesihatan selepas Izza.  Kandungan kelima adalah dalam tahun yang sama iaitu tahun 2014.     


Pertengahan bulan November aku rasa lain macam kat perut..aku sering rasa memulas tapi masih tiada tanda yang merisaukan aku.  End of November aku diarahkan untuk berkursus mulai 28 hingga 30.11.2014 di K. Lumpur.  Pada 29.11.2014, malam terakhir aku di K. Lumpur, aku rasa sakit perut aku makin menjadi..rasa cam nak terberak tapi tak ada apa-apa pun yang keluar…aku fikir aku dah tersalah makan masa tue…tapi semasa bangun pagi nak bersiap dalam toilet aku nampak ada spotted kat panty liner..rasa berdebar..ADAKAH?..tapi aku cuba untuk relax…mungkin itu tanda awal mengandung…balik jer dari kursus pada 30.11.2014, aku terus informed laki aku fasal tanda yang aku nampak…Disebabkan pernah alami keguguran, laki aku ajak aku pergi jumpa doktor hari esoknya. 


1.12.2014, aku pergi jumpa doktor dan doktor buat scan.  Doktor beritahu kandungan aku dah masuk 8 minggu tapi saiz kandungan aku agak kecil.  Dia suggest untuk buat scan melalui bawah.  Aku terus setuju.  Selepas buat scan dari bawah, doktor sahkan dan beritahu kepada aku yang kandungan aku adalah blighted ovum (hanya kantung sahaja)…Ya Allah, hanya kau yang mengerti perasaan ini.  Sedih?  Susah aku nak gambarkan perasaan aku masa ni.  Mungkin dah ketentuanNya.  Doktor beri aku ubat turun darah.  Kalau dulu aku berat hati nak telah ubat tu (sebab aku rasa aku macam pembunuh..pembunuh anak aku sendiri), tapi sekarang aku redha…redha pada ketentuanNya. 
 
Alat yang digunakan oleh doktor semasa nak scan melalui bawah

Selepas makan ubat, malam tue aku rasa sakit macam nak beranak..tuhan jer yang tau..sampai pukul 6.00 pagi aku tanggung kesakitan.  Suami aku kat sebelah pun sama..sakit sebab lengan dia kena ramas ngan aku..huhu..sorry Babah…dia pun ikut sama tak tidur.  Air mata mengalir usah cerita.   Alhamdullillah...pagi tue, sakit dah mula kurang..tapi ngilu dalam perut masih ada….aku tertidur kepenatan menahan sakit sampai petang.  Ye, aku hanya bangun untuk buang air dan minum sahaja…selebihnya aku hanya tidur dan tidur…dan bermula hari itu, aku berpantang buat kali yang keempat tanpa anak di sisi…Ya, kalau diikutkan, anak yang telah aku kandung berjumlah 6 orang tetapi Allah pinjamkan sepasang cahaya mata untuk aku dan suami  mencurahkan kasih dan sayang. 

Insyaallah…aku yakin Allah dah tetapkan yang terbaik buat aku dan suami.  Buat mereka yang pernah mengalami keguguran, janganlah mudah berputus asa…ingat, Allah sentiasa ada bersama kita…yakin pada kehendak dan ketentuannya. 

Permata hati Ibu dan Babah...

With Love
-Dee-


Entry 2015



Assallammualaikum sumer…lama tak bersiaran khennn…(ada yang khesah ker..hhahaha)…Actually, bukannye ada apa pun..cuma agak busy skit akhir tahun ni..(macam orang lain tak sibuk jer kan..kekdahnyer).. yelah, mana dengan bos aku yang bertukar..anak nak masuk sekolah..plan untuk buka bisnes awal tahun lagi…haduiii aiiiiii…poning kepala ahkak…stress hokey..(tue la sobab ehh, den susah bonar nak istiqamah bab berblogging ni..tapi gatai gak kann…hahahaha)

So, pe citer lepas lama tak berblogging?…banyak cito ehh..macam-macam…tapi, insya-Allah…aku akan sharekan dalam blog suam2 kuku aku ni nanti..yelah…braper lama pulakkan..hahahahaa….Okeylah..walaupun lambat aku nak ucapkan juga..’Happy New Year’ buat semua…semoga azam tahun yang lepas sudah dapat dicapai (insya-Allah) dan azam yang mendatang akan diperolehi dan dipermudahkan dengan izin Ya Rabb…aminnnnn…


Keylah..nak sambung buat kerja…daaaaaa..

With Love

-Dee-