Thursday 17 July 2014

Pesawat MAS MH 17 Ditembak...

Pagi ni aku baca paper BH..terkejut aku dengan keratan muka surat hadapan surat khabar tersebut.  Ya Allah..rasa sedih sangat…298 penumpang  dan anak kapal terbunuh(Pihak MAS telah meminda jumlah yang terkorban)…Innalillahi wainnalillahi rojiun…takziah aku ucapkan kepada ahli keluarga mereka…

Mengikut kepada sumber-sumber yang aku baca dari internet dan surat khabar, MH 17 ditembak dengan peluru berpandu BUK-M1 (aka SA-11) surface-to-air missile system

Sumber dari Berita Harian
”KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini menjelaskan bahawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal - berada dalam pesawat Boeing 777 yang terhempas di Ukraine semalam semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. 


MAS menjelaskan bertentangan dengan kenyataan sebelum ini, penerbangan itu membawa sejumlah 283 penumpang, termasuk tiga bayi, pelbagai warganegara dan 15 anak kapal warga Malaysia. 

Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan sebelum ini menyatakan pesawat malang penerbangan MH17 itu membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal. 


Sebilangan warganegara penumpang masih belum dikenal pasti.

Syarikat penerbangan itu menyenaraikan jumlah penumpang dan anak kapal mengikut warganegara iaitu Belanda 154; Malaysia (43 termasuk 15 anak kapal dan dua bayi); Australia (27); Indonesia (12 termasuk seorang bayi), United Kingdom (9); Jerman (4); Belgium (4); Filipina (3); Kanada (1); dan yang tidak disahkan (41).

Menurut MAS, syarikat itu sedang dalam proses memaklumkan waris terdekat penumpang dan anak kapal. 


"Fokus kami sekarang adalah bekerjasama dengan pasukan bantuan kecemasan dan pihak berkuasa dan menggerakkan sepenuh sokongannya bagi menyediakan bantuan penjagaan sebaik mungkin kepada waris terdekat," menurut kenyataan itu.
MAS mengesahkan pesawat itu tidak membuat panggilan kecemasan. 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh. 


MAS juga menggerakkan “Go Team” ke Amsterdam dengan sekumpulan penjaga dan sukarelawan membantu anggota keluarga penumpang. 


"Doa dan harapan kami bersama dengan penumpang dan anak kapal yang terlibat dan anggota keluarga mereka," menurut syarikat penerbangan itu. 


Syarikat itu akan menyediakan perkembangan terkini berhubung keadaan itu.
Anggota keluarga penumpang dan anak kapal boleh menghubungi talian +60378841234 (Malaysia) atau +31703487770 (Netherlands). “






Sesungguhnya, ajal maut, jodoh pertemuan itu adalah ditangan Allah SWT.  Semoga diberi kekuatan kepada ahli keluarga yang terlibat.  

With Love


-Dee-

Wednesday 16 July 2014

Berbaik-baik sudah....

Alhamdullillah...akak Kiki dah pun minta maaf pada Uncle Sim...haaa... kan bagus gitew...baru sebentar tadi aku dengar perbualan telefon mereka berdua di radio Era....hmmmm....sedikit sebanyak, as a Muslim, aku terkesan juga dengan apa yang dikatakan oleh Uncle Sim...he is such a kind hearted person...

Ini adalah apa yang Uncle Sim cakap.."Agama saya mengajar saya untuk saling hormat menghormati..."  Yes....as humans we are taught to respect each other...semua agama mengajar yang elok-elok...semua bangsa akan hidup aman jika masing-masing saling hormat menghormati......

Moga ini akan menjadi pengajaran pada kita semua..not to akak Kiki sahaja...tetapi semua pengguna jalan raya....tak perlu jadi pembuli...terlajak perahu boleh undur..terlajak kata...semua kena tempias...bukan diri sendiri..tetapi keluarga kita juga...kesian kat mak pak kita...mereka ajar yang baik-baik untuk anak-anak..tetapi dek kerana perangai  yang jelek ni...mak pak disangkut pautkan sekali......

Peringatan untuk aku jugak....

Love


Dee

Ganasnyer ko Pompuan...

Korang dah tengok ke belum video akak Kiki kita yang mengamuk sakan sebab keta beliau kena langgar?...Fuhhhh….urut buah dada ko….terkujat-kujat aku nengok ann..garang sungguh hokehh…

Anyway, bukan teruk pun keta dia kena langgar..maybe ada la cala bala cili bili sikit…tapi, tak yah la ko nak mengamuk macam nak giler…hadus…kesian pulak aku nengok an uncle tu…banyak kali dia cakap ‘I tak sengaja..’  wahhh…lagi bagai nak giler ko menjerit…makin kuat pulak tue…ko dah kenapa?...boleh pulak amik kunci kete orang tu…gangster sungguh ko kak ooiii….ada gak la part yang buat aku tergelak…”You tengok plat number kete i….ni keta baru ok..baru…” hahahahahaa….lebih kurang cenggitu la bunyi nyer…adesh…geli usus besar aku…sabarrr akak Kiki…sabarrrrrrrr….bulan-bulan puasa ni tak yah la nak emo sangat…buat malu kaum perempuan jer…Cuba bayangkan kalu mak ayah kita yang kena buat cenggitu..sakit ati tak?...huhuhu…

So, far..sepanjang aku hidup aku ni, aku belum pernah lagi langgar orang la…alhamdulillah…hopefully takder la…takuttttt….tapi ada la sekali keta aku kena langgar…aku ngan laki aku nak kluar gi makan…masa tue kita orang bawak Iswara…masa tengah nak cari parking..depan kita orang ada sebuah kete..aku dah lupa kete apa…tengah dok romantik ngan encik laki…orang depan reverse trus langgar bahagian depan kete aku…masa tue mmg meluap-luap hati aku..tapi laki aku relax jerrrr….laki aku kluar kete..tah apa yang dia dua orang duk cakap2…aku nampak orang tue bagi duit kat laki aku…dah setel masalah…lagipun takder la teruk sangat…moral of the story…tolerate la skit..terutama sekali pada orang-orang yang lebih tua dari kita..tak salah pun…tak yah diikutkan sangat perasaan amarah tue…nasib baik orang tua..kalau gangster, macam mana?...tak kene libas balik..hahaha…masa tue baru tau langit tinggi ke rendah…

Aku respect betul kat uncle tue….sangat penyabar…sangat..sangat penyabar…to akak Kiki…banyak2 kan beristighfar yer bulan-bulan puasa ni…pagi tadi, dengar kat Era FM..pihak polis tengah soal siasat akak Kiki ni…so, pepandai la nak jawab yer…walaupun uncle tue salah…tapi, kalu dah ko ugut and gertak cenggitu…hmmm..tak tau la nak cakap apa…anyway..rasanya mungkin akan settle kot...sebab tadi dengar dia orang semua sudah saling maaf bermaafan..haaa..kan senang...habis cerita...respect la kat you uncle...

Love
Dee


Monday 14 July 2014

Waktu Dulu-Dulu....

Malam tadi, waktu aku tengah dok belek muka buku, aku ada ternampak satu post kawan aku sempena hari guru yang lepas.  Member sekolah aku post gambar kelas kitorang.  Tak silap aku masa tue, kitorang dalam Tingkat 3 atau 4 .  So, bila tengok balik gambar tu, tak sangka dah lebih kurang 13 tahun dah usia gambar tu and masing-masing pun dah ada yang berkeluarga…Bila tengok gambar and komen2 kawan, aku senyum sorang-sorang..nasib baik En. Teman dah tidur..kalu idok, mahu dikatanya aku ni gile…

Masa sekolah dulu, aku ni tak aktif langsung ngan sukan…ada la satu sukan yang aku join. Kalau tak silap, aku masuk team bola tampar masa tingkatan 4 tapi jadi player simpanan sajorkkk…ok la dari takder.  aku pun dah lupa naper aku masuk team bola tampar sedangkan aku sindrik tak reti main.  Pernah skali jadi wakil sekolah untuk team bola tampar (walaupun hanya simpanan) kat Sekolah ACS (depan Yoahan)….tapi tak ingat la, sama ada sekolah kitorang ni menang ke tidak..dah lama koooottttt….sukan yang lain memang idok laaaa….

Budak sekolah aku buat reunion kat PD...Sila cari mana aku..ahaks


Tapi, apa yang paling aku ingat sekali, masa sekolah aku agak aktif jugaklah dengan Kelab Kebudayaan…aku join kelab dari tingkatan 2 dan masa tingkatan 5 aku jadi Setiausaha Kelab..aku adalah salah seorang daripada penari kat sekolah tue…sempat la masuk 2 kali pertandingan untuk 2 tahun berturut-turut di Pertandingan menari..(aku lupa nama pertandingan tue..harap maaf) di SMJK Chung Hwa Temiang (kalu tak silap aku lah)..hikhikhik….aku pun ada masuk pertandingan nyanyi lagu Melayu asli…pernah sekali, ada satu masa Radio Negeri Sembilan ada buat pertandingan menyanyi lagu asli..so, aku ngan kawan aku pun pergi la try untuk ujian saringan..then, aku dapat jadi finalis dan dipanggil untuk bertanding di Port Dickson, tapi taklah pergi sebab pertandingan tu buat waktu malam dan aku masa tu masih bersekolah (Ting. 5)….of course, hasrat murni aku tu ditolak mentah2 oleh big bos a.k.a bapak aku…


Tak cukup kat situ, masa sambung belajar di UiTM, aku ada jugak join tarian wakil Kolej untuk Hari Kolej…tak silap aku 3 kali aku wakil kolej..then, buat performance untuk makan malam bagi course kitorang..Tapi, masa ni takder cikgu yang ajar pun.  Step pandai2 sendiri jer..mana yang ingat..kitorang campur adukkan, yang penting cantik…(cantik ker?!)

Kelas BA, OM UiTM Shah Alam..masa ni kat Langkawi..

Event di Taman Tasik Shah Alam, Sek. 2  

Ada gak yang tanya aku, boleh ker aku ni menari sebab aku kan gemsss…aku senyum jerrr…ye lah, kang aku cakap tak cayer…(dulu aku kurus tau...hahahahahaha) biarlah mulut orang…..mentang2 aku gems…(kau hebak sangat ker..sampai nak kata orang lain tak hebak cam mung?!!!!..)

*Sorry banyak melalut…huhuhu…

So far, pengalaman masa sekolah mmg best and aku rasa korang pun rasa cam aku kan…semua benda rasa happy…walaupun selalu kena marah ngan cikgu…walaupun perangai, nauzubillahhhh…tapi, ttp bestttttt……..

With Love

-Dee-

Tolong Beradap Sikit Boleh Tak?

Pagi-pagi lagi dah buat aku hangin…tak beradap sungguh betul la jiran aku ni…dah lama aku tahan sabar dengan perangai dia orang ni…tapiiii…lama-lama boleh meletup gak la kan…Korang bayangkanlah…jiran-jiran yang mengadap depan rumah aku ni sesuka hati dia orang je parking kereta…langsung tak fikir, susah ke? Senang ke? Jiran sekeliling nak lalu lalang…yang penting, dia orang senang….patut ker? (saakiittt ati kitew…aaa)

Terus teranglah aku bagitau…aku ni baru je 1 tahun 3 bulan ada lesen P…(jangan nak sengih2 yer)…so, aku boleh dikirakan agak amatur la dalam bidang pemanduan..ahaks..bahasa koooo…jadi, bila dia orang parking sesuka hati cenggitu, agak payah untuk aku masuk parking dan keluar parking…aku tak kisah kalau dia orang parking kancil depan rumah, sebab bontot kancil tu tak panjang…ni, kereta sedan ok…sedan…bontot panjang…grrrr….
 
Anak panah nak kerumah aku...jalan tue agak sempit yer...so, susah aku nak amik side utk parking..huhuhu..


Kadang-kadang tu, bila adik-beradik dia orang datang, lagi sesuka hati parking senget benget…lagi-lagi ni bulan puasa…lagi laaaa….bukannya apa, bila aku nak masuk parking terpaksa la pulak jalan terus, buat u turn and baru lah masuk parking rumah aku (boleh faham ker  ni?)…so, bila dah selalu berdepan perkara macam ni and kebetulan kena pulak time tu mood aku tak berapa nak ok…mmg agak menyirap la kan…sakit ati woooo…kang buatnya terlanggar bontot kereta ko…dah aku jugak yang salah…tak ke sakit ati…
Cenggini la cara aku nak masuk parking rumah aku...
kena buat u-turn kat jalan hujung..amik side dari arah bertentangan...
 
Sesuka hati je parking....sempit ok..sempit....walhal, kat jalan hujung tue boleh jer parking
bukan jauh mana pun, jarak 3 ke 4 rumah je kot...

Aku pernah la jugak buat muka tak puas hati waktu aku nak pergi keje tue..yelah sebab kita orang akan berjemaah keluar bersesama..(so, korang boleh fikirkan macam mana sibuk nak keluarkan kereta masing-masing)…tapiiii, boleh pulak dia orang buat bodoh jer..kadang-kadang ade gak aku perli….hmmm…hampes…tak makan bro…tak makannn….

Aku tak kisah kalau ko ada 10 biji kereta, 4 buah bas sekalipun….tetapi, tolonglah parking betul2…kalu dah tak muat depan rumah tue, parking la tempat yang boleh muatkan kereta ko..kalu takut kena curi, cuba cari jalan untuk halang perkara tue…senang kan..ini tidak, parking sesuka hati jer.....walaupun depan rumah ko..tapi, ko fikir tak jiran depan rumah nak masuk parking camner?....dah la jalan depan rumah kecik…ko boleh parking bertindih cenggitu…sakit ati akak tau…

Kalau sekali sekala…yes…aku boleh terima..contohnya bila time kenduri kendara ke…yes aku faham…agak susah nak cari parking..tapi kalau dah tiap-tiap hari parking macam tue, boleh ke hadap selalu…tolong la….aku ni bukan penyabar sangat orangnyer…adoooiii..

Dah nak buat keje…..penat menceceh…hilang pahala puasa kang..hahaha

Love

Dee