Sunday 19 October 2014

Aerobik & Talk Kanser Payu dara

Kanser payudara adalah salah satu kanser yang sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat terutamanya kaum wanita dan ia sukar diramalkan. Kanser ni adalah kanser yang paling ditakuti oleh semua wanita. Banyak faktor yang mempengaruhi dan terdapat banyak jenis. Dikatakan sampai kini kanser I ni masih menduduki peringkat pertama dalam kes kematian di dunia.

Kadang-kadang kita tidak perasan tentang perubahan yang terdapat pada payudara kita, baik dari segi warna, tekstur dan rupa bentuk…akibat dari cetek dalam ilmu pengetahuan dan tidak prihatin dengan perubahan diri menyebabkan penyakit ini sukar dicegah dan ditangani. Pada umumnya gejala-gejala kanser tersebut didapati dari beberapa kes kecil yang seringkali dirasakan tidak penting dan tidak berbahaya. Namun pada hakikatnya, pengenalan terhadap gejala-gejala awal kanser payudara dapat menangani kes ini secara maksima sebelum kanser merebak dan menjadi semakin serius.

Pada hari Sabut yang lepas, pihak Hospital Salam, Senawang ada menganjurkan event “Pink Aerobics, Breast Cancer & Awareness” di pasar raya Kip Mart Senawang.  Pada hari tue, ada sedikit talk tentang kanser payudara ni.  Banyak info yang dapat aku belajar…yelah, walaupun aku tahulah sedikit tentang kanser payudara ni, tapi pada hari tue, baru aku tahu…pengaruh period juga ada memberi kesan…yup…katanya, adalah normal bagi budak perempuan datang haid pada usia 12 ke 14 tahun (So, tak payah risau kalau anak datang period lambat..)…sekiranya haid datang lambat, maka payudara akan lambat matang dan peratus untuk terkena penyakit kanser payudara adalah lebih rendah…itu kata doktor tue la yer..kalau salah, ampunkan akuuuu… dan kanser payudara ni bukannya hanya pada wanita jer tau…lelaki pun ada…hah…jaga-jaga bang sado…apa-apa pun, sebagai manusia, kita kenalah prihatin dengan tubuh badan kita…sekiranya ada apa-apa perubahan yang tak berapa nak normal. Cepat-cepatlah pergi jumpa doktor…baik mencegah dari mengubati…pastikan setiap 1 atau 2 tahun sekali, buat mammogram..kalau nak buat kat LPPKN pun boleh gak.



Kerajaan dalam pembentangan Dasar Bajet 2007 telah memberi subsidi sebanyak RM50.00 bagi setiap ujian mammogram yang dijalankan oleh wanita di pusat-pusat mammogram swasta yang berdaftar dengan LPPKN.  Ini adalah untuk menggalakkan wanita untuk melakukan ujian mammogram bagi pengesanan awal kanser payudara.  Korang boleh mohon di klinik-klinik Nur Sejahtera LPPKN diseluruh negara dan siapa yang layak akan menjalani pemeriksaan payudara di klinik Nur Sejahtera LPPKN sebelum dirujuk untuk buat mammogram.  Senangkan…so, apa tunggu lagi…moh la pegi..

Sebelum aku terlupa, pada hari yang sama ada acara senamrobik  yang dibuat oleh 3 SAKA…saper lagikan…the gojes Kak Shah, Kak Aliez & Kak Eija…ramai gak yang datang..katanya lebih kurang 100 lebih kot…sgt best….kitorg beraerobik selama lebih kurang 2 jam…habis pecah-pecah lemak aku…kui..kui..kui… sesi talk tentang kanser payudara…gambar tak banyak, sbb aku lupa bawak handphone..gambar yang ada ni pun Ehsan dari kengkawan…tima kasih naaa….

Woot..woot...

Meriah takkkkkk....sangatkann..


Wooooooooooooooooooo......



  
With Love
-Dee-

Wednesday 15 October 2014

.........?

Malam tadi lepak kedai mak...boleh dikatakan hampir tiap2 malam aku kesana...mana taknyer, sekarang ni laki aku sibuk tolong mak aku jual yang makanan goreng-goreng...alhamdullillah dah nak masuk 4 bulan dan syukur sangat, respond dari customer sgt memberangsangkan...walaupun ada la sedikit sebanyak silap...tapi, itu kan ilmu..kalau tak buat salah, macam mana nak belajar jadi yang lagi baik kan....(sesapa nak cuba, meh la jemput datang gerai mak titewwww kat S'ban Jaya ni....Sup rempah Pak Atan....gerai tepi jalan jerrrrrrrr....goreng-goreng pun adooooo....codapppp...)

Sebelum ni, laki aku bekerja dengan salah sebuah hospital swasta kat N. Sembilan...tapi disebabkan keadaan kesihatan diri dia dan keadaan sekeliling...dia terpaksa berhenti kerja...alhamdullillah, rezeki untuk suami tidak pernah putus dari Allah S.W.T.....macam2 kerja laki aku buat...tukang masak kat gerai mak aku, jual flavour untuk projek vape dia dan sekarang ni tengah berjinak-jinak ambil upah bawak orang gi mancing (tekong)...dia kan orang laut dan jugakkk pemancing tegar..so, agak mahir jugaklah bab laut ni...takperlah bah, yang penting dimurahkan rezeki diatas usaha yang babah buat untuk kami.......ibu sentiasa sokong babah....mmmuuuahhhh..(matikklaaaaa.....jgn ada yang muntoh hijooo)

Mamat ni mmg susah nak diajak bergambar
Sayang Kamooooo!!!!
Soalan :  Berapa orang yang ada dalam gambar ni?

With Love
-Dee-

Friday 3 October 2014

Tabahlah Hati....

Hidup ini tidak selalunya indah…
Kadang-kadang, tengah dok ketawa, tiba-tiba…ada perkara yang yang akan buat kita menangis.
Kadang-kadang tengah dok bersedih, tiba-tiba…ada perkara yang buat kita berasa lega or happy selepas tu…
Pendek kata, kita tak kan tahu apa yang akan terjadi kepada kita untuk waktu-waktu yang akan datang…
Dugaan datang bertimpa-timpa bukanlah bermaksud Allah S.W.T. tak sayang pada kita…
Mungkin dia nak uji kita untuk tengok sampai tahap mana kita boleh bertahan…dia nak hamba dia sentiasa mohon pada Dia..dekat dengan Dia…
 
Insya Allah...

Tapi, yelah mungkin mudah la kot untuk kita cakap macam tu..tapi bagi empunya diri yang merasa keperitan akibat dugaan yang diberi…hanya mereka yang tahu…semoga Allah S.W.T. akan permudahkan jalan bagi mereka.  Jangan mudah mengalah...



Walau macam mama sekalipun, teruslah bersabar…ingatlah, Allah S.W.T. takkan beri dugaan kepada hambanya melebihi kemampuan hambanya itu.  Sekiranya kita rasa terbeban…tiada teman….tiada sokongan…INGAT…Allah S,.W.T. sentiasa berada di sisi kita…Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang…

Apa-apa pun, aku happy sangat bila aku dapat hadiah dari Hunny..semoga Allah S.W. T murahkan rezeki ko and permudahkan segala urusan dunia dan akhirat buat ko.....Amin...tau jer aku suka kaler hijoooo kan…ahaks…mood happy sgt….




 Akhir kata...buat renungan bersama....


With Love
-Dee-