Sunday 19 October 2014

Aerobik & Talk Kanser Payu dara

Kanser payudara adalah salah satu kanser yang sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat terutamanya kaum wanita dan ia sukar diramalkan. Kanser ni adalah kanser yang paling ditakuti oleh semua wanita. Banyak faktor yang mempengaruhi dan terdapat banyak jenis. Dikatakan sampai kini kanser I ni masih menduduki peringkat pertama dalam kes kematian di dunia.

Kadang-kadang kita tidak perasan tentang perubahan yang terdapat pada payudara kita, baik dari segi warna, tekstur dan rupa bentuk…akibat dari cetek dalam ilmu pengetahuan dan tidak prihatin dengan perubahan diri menyebabkan penyakit ini sukar dicegah dan ditangani. Pada umumnya gejala-gejala kanser tersebut didapati dari beberapa kes kecil yang seringkali dirasakan tidak penting dan tidak berbahaya. Namun pada hakikatnya, pengenalan terhadap gejala-gejala awal kanser payudara dapat menangani kes ini secara maksima sebelum kanser merebak dan menjadi semakin serius.

Pada hari Sabut yang lepas, pihak Hospital Salam, Senawang ada menganjurkan event “Pink Aerobics, Breast Cancer & Awareness” di pasar raya Kip Mart Senawang.  Pada hari tue, ada sedikit talk tentang kanser payudara ni.  Banyak info yang dapat aku belajar…yelah, walaupun aku tahulah sedikit tentang kanser payudara ni, tapi pada hari tue, baru aku tahu…pengaruh period juga ada memberi kesan…yup…katanya, adalah normal bagi budak perempuan datang haid pada usia 12 ke 14 tahun (So, tak payah risau kalau anak datang period lambat..)…sekiranya haid datang lambat, maka payudara akan lambat matang dan peratus untuk terkena penyakit kanser payudara adalah lebih rendah…itu kata doktor tue la yer..kalau salah, ampunkan akuuuu… dan kanser payudara ni bukannya hanya pada wanita jer tau…lelaki pun ada…hah…jaga-jaga bang sado…apa-apa pun, sebagai manusia, kita kenalah prihatin dengan tubuh badan kita…sekiranya ada apa-apa perubahan yang tak berapa nak normal. Cepat-cepatlah pergi jumpa doktor…baik mencegah dari mengubati…pastikan setiap 1 atau 2 tahun sekali, buat mammogram..kalau nak buat kat LPPKN pun boleh gak.



Kerajaan dalam pembentangan Dasar Bajet 2007 telah memberi subsidi sebanyak RM50.00 bagi setiap ujian mammogram yang dijalankan oleh wanita di pusat-pusat mammogram swasta yang berdaftar dengan LPPKN.  Ini adalah untuk menggalakkan wanita untuk melakukan ujian mammogram bagi pengesanan awal kanser payudara.  Korang boleh mohon di klinik-klinik Nur Sejahtera LPPKN diseluruh negara dan siapa yang layak akan menjalani pemeriksaan payudara di klinik Nur Sejahtera LPPKN sebelum dirujuk untuk buat mammogram.  Senangkan…so, apa tunggu lagi…moh la pegi..

Sebelum aku terlupa, pada hari yang sama ada acara senamrobik  yang dibuat oleh 3 SAKA…saper lagikan…the gojes Kak Shah, Kak Aliez & Kak Eija…ramai gak yang datang..katanya lebih kurang 100 lebih kot…sgt best….kitorg beraerobik selama lebih kurang 2 jam…habis pecah-pecah lemak aku…kui..kui..kui… sesi talk tentang kanser payudara…gambar tak banyak, sbb aku lupa bawak handphone..gambar yang ada ni pun Ehsan dari kengkawan…tima kasih naaa….

Woot..woot...

Meriah takkkkkk....sangatkann..


Wooooooooooooooooooo......



  
With Love
-Dee-

Wednesday 15 October 2014

.........?

Malam tadi lepak kedai mak...boleh dikatakan hampir tiap2 malam aku kesana...mana taknyer, sekarang ni laki aku sibuk tolong mak aku jual yang makanan goreng-goreng...alhamdullillah dah nak masuk 4 bulan dan syukur sangat, respond dari customer sgt memberangsangkan...walaupun ada la sedikit sebanyak silap...tapi, itu kan ilmu..kalau tak buat salah, macam mana nak belajar jadi yang lagi baik kan....(sesapa nak cuba, meh la jemput datang gerai mak titewwww kat S'ban Jaya ni....Sup rempah Pak Atan....gerai tepi jalan jerrrrrrrr....goreng-goreng pun adooooo....codapppp...)

Sebelum ni, laki aku bekerja dengan salah sebuah hospital swasta kat N. Sembilan...tapi disebabkan keadaan kesihatan diri dia dan keadaan sekeliling...dia terpaksa berhenti kerja...alhamdullillah, rezeki untuk suami tidak pernah putus dari Allah S.W.T.....macam2 kerja laki aku buat...tukang masak kat gerai mak aku, jual flavour untuk projek vape dia dan sekarang ni tengah berjinak-jinak ambil upah bawak orang gi mancing (tekong)...dia kan orang laut dan jugakkk pemancing tegar..so, agak mahir jugaklah bab laut ni...takperlah bah, yang penting dimurahkan rezeki diatas usaha yang babah buat untuk kami.......ibu sentiasa sokong babah....mmmuuuahhhh..(matikklaaaaa.....jgn ada yang muntoh hijooo)

Mamat ni mmg susah nak diajak bergambar
Sayang Kamooooo!!!!
Soalan :  Berapa orang yang ada dalam gambar ni?

With Love
-Dee-

Friday 3 October 2014

Tabahlah Hati....

Hidup ini tidak selalunya indah…
Kadang-kadang, tengah dok ketawa, tiba-tiba…ada perkara yang yang akan buat kita menangis.
Kadang-kadang tengah dok bersedih, tiba-tiba…ada perkara yang buat kita berasa lega or happy selepas tu…
Pendek kata, kita tak kan tahu apa yang akan terjadi kepada kita untuk waktu-waktu yang akan datang…
Dugaan datang bertimpa-timpa bukanlah bermaksud Allah S.W.T. tak sayang pada kita…
Mungkin dia nak uji kita untuk tengok sampai tahap mana kita boleh bertahan…dia nak hamba dia sentiasa mohon pada Dia..dekat dengan Dia…
 
Insya Allah...

Tapi, yelah mungkin mudah la kot untuk kita cakap macam tu..tapi bagi empunya diri yang merasa keperitan akibat dugaan yang diberi…hanya mereka yang tahu…semoga Allah S.W.T. akan permudahkan jalan bagi mereka.  Jangan mudah mengalah...



Walau macam mama sekalipun, teruslah bersabar…ingatlah, Allah S.W.T. takkan beri dugaan kepada hambanya melebihi kemampuan hambanya itu.  Sekiranya kita rasa terbeban…tiada teman….tiada sokongan…INGAT…Allah S,.W.T. sentiasa berada di sisi kita…Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang…

Apa-apa pun, aku happy sangat bila aku dapat hadiah dari Hunny..semoga Allah S.W. T murahkan rezeki ko and permudahkan segala urusan dunia dan akhirat buat ko.....Amin...tau jer aku suka kaler hijoooo kan…ahaks…mood happy sgt….




 Akhir kata...buat renungan bersama....


With Love
-Dee-

Thursday 25 September 2014

Sukan Sekolah …

Bila cerita bab sukan kat sekolah ni, terimbas-imbas balik masa belajar dulu…aku ni takder la aktif mana pun…kalau bab sukan, aku surrender…kalu masuk pun, mesti sebab terpaksa…akak tak suka peluh2 ni..(libas2 tudung..)..ada gak la 2 ke 3 jenis sukan aku masuk, tapi takat masuk jer la..takder apa yg nak dibanggakan pun…huhuhu…

Tapi laki aku lain…dia memang seorang yang aktif…(kata diaa..)..dulu laki aku ni wakil sekolah dalam silat olahraga, bola sepak and etc…malas aku nak listkan kat sini…yg penting dia mmg budak sukan la…So, tu la sedikit sebanyak cerita fasal sukan2 ni….

Punya la panjang kan intro aku…sebenarnya, aku nak citer fasal sukan sekolah anak aku Syafiq…kejadian berlaku semalam…aku n laki aku pegi la sekolah dia, kengkonon datang untuk bagi moral support…ada jugaklah mak pak budak2 lain yg datang, tapi tak ramai mana pun…maybe, sebab pihak sekolah buat hari sekolah, so mungkin mereka tak dapat datang…(Pandai2 jer buat rumusan sendiri kannn..)

Syafiq ni aku tengok dia ni kalau bab lari-lari, sepak2 bola mmg terer… (nama pun anak lelaki..)aku rasa dia ikut bapak dia la….bagus la tu kan..karang ikut aku, apa hal plakkk…so, semalam aku ngan laki aku pegi la sekolah dia..nak tgk dia bersukan…sukan budak2 Pra sekolah ni takder la susah mana pun..sesuai la dengan tahap dia orang kan…aku tgk dia happy la…n aku sudah semestinya mak paling over, siap jerit-jerit kat tepi suh anak aku lari cepat2…haruss la aku nak anak aku menang kan...

Masa Syafiq dok tengah lari2 tue, aku pun dok la terjerit2 kat tepi..”Syafiiqqq…cepat..cepat….”…bila dia toleh and nampak aku dok jerit-jerit cam mat lampir kat tepi, trus jatuh terduduk ko...bukan sekali tapi dua kali okey..laki aku kata, aku buat Syafiq hilang fokus…kuang jaq….tak per nak, mak beralih la…

 
Kumpulan Syafiq sebelah Kiri...

Izz' Zayanni

Kumpulan Pra Sekolah...


Mak Pak budak2  yang datang bagi moral support....

Tapi dalam dok seronok2 tu, aku dok perati anak aku ni rapat ngan sorang budak perempuan ni..siap main pok-pok amai…borak2, gelak2…main2 bunga..aku dah…apahal ko ni nak?!!!!!!...nak tergelak pun ada…dia boleh duk borak berdua jer…aku suh laki aku tengok, senyum2 mamat tu…bukan apa, anak laki aku sorang ni kalau dengan perempuan mmg pemalu…tapi tak sangka, kat sekolah..wahhhhhh, kemain terer ko bang….aku cakap ngan laki aku…pandai anak kita cari menantu tok kita kan…korang nak tau apa laki aku cakap?..dia kata aku TEBIATTT…hahahahaha…
 
Nampak tak?!!!...2 budak kat belah hujung sana...
 
Takper, aku close up skit...tengok tu..orang lain dok sibuk tgk sukan..dia berdua leh main pok-pok amai..
Pagi tadi, aku hantar Syafiq pegi sekolah..aku tengok budak perempuan ni ngan kawan2 dia ada kat pintu masuk kelas..dia nampak jer anak aku, trus dia cakap…”Yey..Syafiq dah Sampai…” Aku tengok anak aku ni dok senyum2…eh..eh..eh..ewahhh…sebelum aku gerak, aku tunggu la Syafiq ni masuk kelas dulu...boleh ko, diorang jalan beriringan berdua, masuk kelas sama-sama..hahahaha…comellll sgt…bila teringat benda ni, nak tergelak pun ada…takper la, budak2 ni bukannya tau apa-apa pun…bagi dia orang, ni adalah fasa untuk mereka berkawan….insya-Allah, akan cuba didik anak2 tuk jadi yang terbaikkkkk…amin…

With Love


-Dee-





Massalla Bhangra….Balle..Balle..


20.9.2014 lepas, ada event kat Vivace Dance S2…event kali ni special skit sebab Vivace jemput Zin Aliez Jazam untuk buat Massalla Bhangra…best giler ko…sebelum ni, diorg jemput Kak Adilla buat rutin Massala Bhangra jugak…itu pun beshhh…

But before that, nak citer kat korang dulu…2 hari sebelum, Hunny call aku inform fasal event ni..waaaa…gumbireeeee ati ku…kompom2 la aku nak gi..yela, class tak dapat nak pegi, jadi bila ada event haruuss tk leh lepaskan…gitew punye semangat…..

Pada hari kejadian, …bangun kul 5.00 pagi…kebetulan malam tue anak bujang aku request nak donut…(maaf..gambar donut xder..lupa amik)…siap je mandi trus menguli…haha…gigih pepagi nguli donut..takper nak, akan ibu turuti…selesai menguli..tinggal jap..trus solat….sementara nak tunggu doh tu naik..layan fb dulu…
Lebih kurang dalam kul 7.30 pagi..start goreng donut sumer…buat air kopi…goreng nugget…wallllahhhhhh…sarapan pagi SIAPPPPP!!!!....

Nak dijadikan cerita..dalam kul 8.30 pg lebih kurang trus aku wassap Hunny..beritahu dia kata dah siap…(masa tue aku ingat event start kul 10.00 pagi)..tapi makcik tu tak reply..takper2…aku tunggguuuu lagi…ada 2 ke 3 kali wassap…pun masih dia tak reply…sentap aku beb…last sekali, dia reply, kata event start kul 2.30 petang...Apaaa!!!!!!.....Hahahahaa….punya la semangat…bangun kul 5.00 pagi…gile ko, dalam kul 8.30pg aku siap cium tangan laki aku minta izin nak kuar rumah..last2 tak jadi…apa lagi…trus kena bahan la kannn…trus transform baju zumba ke t-shirt…

So, dalam kul 2.00 ptg, Hunny datang jemput aku…bukak jer pintu kereta..makcik tue trus gelakkan aku…kuang jaq…kena bahan lagi…takper2..tabahhhhh….

Event start dengan rutin untuk Massala Bhangra dulu…lebih kurang dalam 2 jam kot…instructed by Kak Aliez….mmg superrrrrr energetic…yup…saluttteeeee….lepas tue, continue pulak dengan rutin zumba dari Kak Eijaaa….sgt beshhhhhhhh….Dua-dua ni mmg powerrrr…I is jelessss….



Balle...Ballleeeee!!!

WE!!!!

Kak Aliez, Hunny, Kak Eija & Me...
Penat Bebbbb...

Overall…event ni mmg best..(ada ke yg tak best?)…mcm yg aku beritahu sebelum ni…semua org yg join adalah sgt sporting gileeeeee….habis jer event..Hunny ajak pekena teh tarikkk…terbaeekk kan..bersusah payah buang lemak..pastu dia ajak aku ternak baliikkkk..tapi aku kan tak pandai nak kecik2 kan ati orang ni (uweekkk)…aku pun trus setuju la kann..tak banyak pun…segelas jerrrrr….(penyedap ati).. ada rekod video untuk rutin pada hari kejadian..tapi takleh publish kat sini..sebb tak berapa nak ok kut...lain kali la yer..

Tapi mmg puas hati la….berbaloi pegi..bulan Oktober ni ada lagi event…ni pun aku nak pergi, insyallahhh…..so, kalu korang berminat nak jointtt…nnt aku update yer fasal event tue…daaaaaaa…sambung buat kerja dulu…

With Love

-Dee-

Thursday 18 September 2014

Kenduri Kaweennn..

Bulan lepas, kami sekeluarga dapat jemputan kenduri kawen dari pakcik aku kat Johor….anak dia nak kawen….dah banyak kali dah pakcik aku buat kenduri, tapi baru kali ni, kami sekeluarga berkesempatan untuk pergi…sebenarnya, kejadian ni berlaku 2 minggu yang lepas…meriah kenduri kawen kat kampung…suker sangat….masih mengekalkan aktiviti rewang… kedua-dua pengantin sama cantik sama padan..dua-dua anak peneroka felda…kecik molek jer kedua-duanyer…teringat zaman masa muda-mudi dulu..hahahahahaha….

Gambar gelap sebab bawah khemah...sama pulak kaler baju ngan pengantin


 Pakcik aku tinggal kat Segamat…Felda apa ntah..aku pun lupa….tapi, seronok betul la masuk kampung pakcik aku tue…rumah bagak2 ko…jangan main2 dgn orang Felda…suasana tenang jer…..aman gitew…aku satu family pergi ngan mak, ayah & adik bongsu aku jer…angah & alang tak dapat ikut sebab masing-masing ada hal…so, takper la…meriah betul...kebetulan hari tu aku sampai lambat..lebih kurang dalam jam 3.00 petang..tapi orang masih tak putus2 lagi…dalam kul 4.00 petang,  hujan turun mencurah-curah…rahmat Allah S.W. T. …

Dek kerana aku sampai lambat & masa tue pulak hujan, aku hanya dapat tangkap 2 – 3 keping gambar je  dengan pengantin…gilew ko, dah la tepon aku ni stok balik anj*** jer…kang dek kerana tempias hujan yang menderu tue..trus black out…susah acik nak berselepot lagi pas ni.....

Mak & Ayah...
Masa ni, adik beradik mak dah start balik...jadi, yang tinggal kami sekeluarga jer...kami sampai lambat..kena la balik lambatkan..kalu balik cepat..melampau sangat ko...

Main sorang2 pun jadik...

Ni bukan atas suruhan yer...ni dia sendiri punya stail...



Ntah apa pesen ntah anak bujang aku ni..kalu disuruh ambik gambar...cenggini la kekdahnyer...nak kata otomen bukan..spiderman pun bukan..adoila...kesayangan sangat  ni...


Bukannya reti duduk diam anak aku ni....

Ayu tak?...wink!

Tue gambar candid yer...bukan saja2 buat miang...

Cak..

OK..yang ni memang dibuat2...bhaahahaha
Tuan Tanah & Adik Bongsu..



With Love


-Dee- 

LIEBSTER AWARD

Assallamualaikum…

Vavavaaa…pepagi lagi dah terima jemputan dari Cik Rosmiza kita nieh…terima kasih yer sebab sudi tag blog kita untuk segmen LIEBSTER AWARD ni…tag bukan sebarang tag tau…tag kena jawab soklan…kikikikikiki….insyaallah…dengan penuh daya dan usaha, akan ku jawab soklan mu itu Cik Rosmiza


sebelum tue…Syarat-syarat untuk join LIEBSTER AWARD nie adalah seperti berikut:-….colan-colannya adalahhhhh…

  • Nyatakan blogger yang telah mencalonkan anda untuk menerima LIEBSTER AWARD dengan backlink ke blog mereka. (Link kat blog yang tag korang tau)
  • Jawab 11 soalan yang ditanya.
  • Calonkan 11 blogger lain.
  • Hasilkan 11 soalan untuk dijawab oleh 11 blogger yang terpilih.
  • Maklumkan rakan blogger bahawa dia menerima LIEBSTER AWARD ini.


  
 Ok…kat bawah ni soklan-soklan dari Cik Rosmiza untuk aku…waddduuuhhh…

1.   Apakah Perasaan Anda Apabila Di Nominate Untuk Menerima LIEBSTER AWARD?
Waahhh..rasa teruja, terkujat, terkedu dan semua yang ‘ter2’...apa-apa pun terima kasih kepada Cik Rosmiza sebab sudi tag blog kiteww..hew..hew..hew…

2.   Pendapat Anda Tentang LIEBSTER AWARD?
Pendapat saya…THORRBBAEEKKKK..sebab boleh kenal dengan lebih banyak blogger…terutama bagi budak baru mcm saya ni…of course, ini adalah peluang yang sgt ditunggu2..(sila tolong tunjuk ajar yerr….)

3.   Port/Tempat Paling Santai Untuk Berblog?
Dalam Office saya…shhhhhh….(saya dok sorang2 dlm office….leh ler ngular japp…). Tak pun dalam kamar beradu…sambil baring silang2 kaki….

4.   Definisi Santai Bagi Anda?
Relaks…tenang….

5.   Antara Korea & Jepun, Mana Satu Pilihan Percutian Anda? Kenapa?
Korea….Kenapa? Sebab saya suka K-Pop..(leh terima ker jawapan ni)

6.   Apa Pandangan Anda Tentang Seorang Fulltime Blogger?
Tahniah…kamu memang hebat…sebab bukan senang tau nak istiqamah untuk berblogging…mana nak cari info..mana nak karang ayat…salah karang nanti masuk paper…maunnn?....

7.   Antara Shopping & Menonton Wayang, Yang Mana Satu Jadi Pilihan? Kenapa?
Tengok wayannnnnggggg…suker2…

8.   Perkara Wajib Yang Anda Mesti Buat Sebelum Tidur?
Gentel rambut…..

9.   Perkara Pertama Yang Anda Buat Selepas bangun Tidur?
Golek-golek atas tilam dulu…stretching kato ko…haha

10. Nyatakan Ciri2 Blog Yang Anda Suka Baca.
Santai..fun…kelakar….

11.   Pendapat Anda Tentang Blog Ini?
Blog ni best…byk cerita-cerita & info yang boleh dikongsikan….sukeeerrr baca…

Fuh…dah setel jawab soklan Cik Rosmiza…agak2 menepati skop jawapan tak?..kekekekekekeke…..Kalau tadi, aku dh jawab soklan dari  Cik Rosmiza…sekarang ni, aku nak bagi soklan kat korang pulak tau…sonang bai tue…

1.      Nama panggilan manja korang dan kenapa dipanggil begitu?
2.      Tinggal kat ner?
3.      Aktiviti paling giler yang pernah korang buat? (Tak giler tak terima yer)..
4.      Dah berapa lama berblogging?
5.      Pengalaman yang paling tidak boleh korang lupakan.
6.      Kalau diberi peluang untuk melancong..kat mana korang nak pergi? Sebabnyer?
7.      Aktiviti sukan yang korang suka buat / join?
8.  Pelakon yang palinggg…pallliiinnnngggg korang nak jumpa sesangat?
9.    Kalau korang diberi pilihan untuk memilih…korang nak jadi yang mana satu…
          a)      Artis AF..
          b)      Ustazah..
          c)      Lawyer..
          d)      Blogger..
          e)      Surirumah..
f)       dan lain-lain..
          Pilih satu jerr tau…
10.    Harapan korang sebagai seorang blogger?
11.    Apa pendapat korang tentang blog kitewwwwwww…..miow…

Haaa…..senang kann..kan…kannn…so, apa lagi, sila la jawab soklan-soklan tersebut yer..so, sekarang, aku nak tag LIEBSTER AWARD  ni kat blogger2 istimewa ni pulakkkkk….

  1. Acik Watie
  2. Haffizul Iskandar
  3. Rosniena
  4. Anizz Annisa
  5. InaAchik
  6. Ratu Kebaya
  7. Siti Shuhadah
  8. Mrs Ecam
  9. Deqna
  10. Ahmad Zu Mal Md Raji
  11. Ros_Reeza



With Love

-Dee-




Wednesday 17 September 2014

Bila anak-anak mula berselfie..


Hmmm….bila tengok keletah anak2 aku ni…tersengih2 aku kat depan komputer…orang nak berselfie…diorg pun nak sama….
So, layankan ajer...












With Love


-Dee-