Wednesday, 4 February 2015

Duhai Anak

Assalamualaikum..

Sebagai ibu dan ayah, belum pernah ada yang meminta atau mendoakan yang bukan-bukan untuk anak kita.   Kalau boleh, keluar jer dari perut trus nak lihat dia jadi doktor, engineer, angkasawan, bangsawan, sukarelawan..eh..eh..melalut plak dah ko ni. Haha..sila abaikan..

Tak terkecuali aku..yes..aku…

Kalau boleh, aku nak anak-anak aku jadi orang hebat-hebat…sapa ibu ayah yang tak nak anak dia jadi orang hebat?...semua nak…semua nak yang terbaik…caranya?...terpulang pada diri masing-masing dalam mendidik anak-anak.

Mereka anak-anak kita adalah kain putih yang kita sendiri akan corakkan…kalau hitam..hitamlah dia..kalau putih..putihlah dia..kalau bercorak..maka corak batik lah jadinya…Kita tidak boleh sentiasa serius or tegas dalam mendidik anak-anak..tegas biar pada masa dan ketikanya…garang biar bertempat…jangan mudah melabelkan ‘Bodoh’ pada anak-anak…baik anak sendiri atau anak orang lain…Hebatkah kita? Cer cek balik…

Aku bagi situasi la yer…contohnya,

Bila anak kita ditempatkan di dalam kelas kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam, ketujuh atau seterusnya…adakah kita harus malu dan marah pada anak kita?. ..”Kenapa tak masuk kelas nombor 1?”….

Adakah kerana anak kita yang hyper, suka berlari, suka menjerit (anak aku la tue…hahah)...kita akan kategorikan anak-anak kita ni sebagai anak susah nak dibentuk, susah nak diajar atau degil?.. ..Hello….baru sekolah rendah koootttttt…..

Or, adakah kerana sebab-sebab di atas anak-anak kita ni dianggap berbeza dengan anak orang lain, lalu menjadikan kita sebagai ibu bapa yang gagal? Tidak pandai didik anak?...Ermmmm….susah nak den kobar an tu..

Adakah kerana anak-anak kita yang cemerlang dan bijaksana menandakan kita adalah ibu bapa yang paling berjaya berbanding mereka di atas?


Adakah kita boleh memandang kekurangan sesuatu itu hanya melalui penilaian mata kasar kita? 

Adakah kita sudah cukup berjaya dalam dunia sehingga boleh memandang rendah / sinis pada orang lain? 

Cukup sempurnakah kita? Hebat sangatkah kita? 


Errmm…tapi, apa nak buat..semua itu adalah lumrah manusia kan…senang nak melabel manusia…kalau boleh, aku la yang terbaekk..aku la yang terhebat…aku la segala-galanya..

Come on dude…Semua ni adalah rezeki yang Allah dah beri…mana yang kurang, ditambah..mana yang senget, diperbetulkan…mana yang pincang, disusunkan….Kita sebagai ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam hidup anak-anak kita…pedulikanlah dengan apa yang orang nak kata fasal anak kita..pedulikanlah tentang anggapan mereka semua..yang penting kita sebagai ibu bapa kepada anak-anak kita, yakin dan percaya bahawa anak-anak kita adalah yang terbaik buat kita.   Mereka masih kecil..masih banyak perkara yang belum mereka faham dan masih banyak lagi yang perlu mereka belajar..beri peluang pada mereka untuk tunjukkan potensi mereka.  Learning process should be fun babe…

Biarlah apa yang orang lain nak fikir..nak cakap…nak label…nak ngumpet…pedulikkan..yang penting….

Kita Ibu Bapa, perlu pastikan anak-anak kita akan lakukan yang terbaik…jadi yang terbaik… sentiasa didik mereka…biarlah orang di luar sana dengan hati mereka..dengan pandangan mereka…kerana bagi aku, itu adalah pahala buat anak-anak kecil ini.........

Aku berkata bukanlah kerana nak menunjukkan yang aku ni hebat dalam mendidik anak-anak…terlalu banyak yang perlu aku perbaiki dan pelajari dalam menjalani kehidupan aku…nak muhasabah diri beb….tak mahu mendongak langit terlalu tinggi, takut terjatuh terjelepok..bedepuk..jatuh tersembam…melepek kat bumi Allah..baru ada akai haaaa…

So, bagi ibu-ibu yang di luar sana, janganlah berputus asa yer…pesanan khidmat masyarakat…tak lupa untuk diri sindrik gak..


Ok dah…sau cin cau…

With Love

-Dee-







Sunday, 11 January 2015

Mengandung dan keguguran (Entry Tertunggak)



1 November 2014, aku disahkan mengandung dan masa tu usia kandungan aku berusia 5 minggu…alhamdulillah…kandungan yang kedua bagi tahun 2014.  Namun, kali ni aku pelik sebab aku langsung tak rasa mual-mual, muntah-muntah (morning sickness) seperti yang pernah aku rasa semasa mengandung anak-anak aku yang lain.  Pada mulanya, rasa syukur sangat…mungkin Allah S.W.T. permudahkan jalan bagi aku kali ini. Kalau diikutkan, kandungan aku ni adalah kandungan yang keenam tapi atas sebab-sebab kesihatan serta rezeki yang tidak berpihak kepada kitorang, yang hidup hanya 2 orang sahaja.  Ye, aku telah mengalami keguguran sebanyak 1 kali sebelum mengandungkan Syafiq dan 2 kali abortion atas sebab kesihatan selepas Izza.  Kandungan kelima adalah dalam tahun yang sama iaitu tahun 2014.     


Pertengahan bulan November aku rasa lain macam kat perut..aku sering rasa memulas tapi masih tiada tanda yang merisaukan aku.  End of November aku diarahkan untuk berkursus mulai 28 hingga 30.11.2014 di K. Lumpur.  Pada 29.11.2014, malam terakhir aku di K. Lumpur, aku rasa sakit perut aku makin menjadi..rasa cam nak terberak tapi tak ada apa-apa pun yang keluar…aku fikir aku dah tersalah makan masa tue…tapi semasa bangun pagi nak bersiap dalam toilet aku nampak ada spotted kat panty liner..rasa berdebar..ADAKAH?..tapi aku cuba untuk relax…mungkin itu tanda awal mengandung…balik jer dari kursus pada 30.11.2014, aku terus informed laki aku fasal tanda yang aku nampak…Disebabkan pernah alami keguguran, laki aku ajak aku pergi jumpa doktor hari esoknya. 


1.12.2014, aku pergi jumpa doktor dan doktor buat scan.  Doktor beritahu kandungan aku dah masuk 8 minggu tapi saiz kandungan aku agak kecil.  Dia suggest untuk buat scan melalui bawah.  Aku terus setuju.  Selepas buat scan dari bawah, doktor sahkan dan beritahu kepada aku yang kandungan aku adalah blighted ovum (hanya kantung sahaja)…Ya Allah, hanya kau yang mengerti perasaan ini.  Sedih?  Susah aku nak gambarkan perasaan aku masa ni.  Mungkin dah ketentuanNya.  Doktor beri aku ubat turun darah.  Kalau dulu aku berat hati nak telah ubat tu (sebab aku rasa aku macam pembunuh..pembunuh anak aku sendiri), tapi sekarang aku redha…redha pada ketentuanNya. 
 
Alat yang digunakan oleh doktor semasa nak scan melalui bawah

Selepas makan ubat, malam tue aku rasa sakit macam nak beranak..tuhan jer yang tau..sampai pukul 6.00 pagi aku tanggung kesakitan.  Suami aku kat sebelah pun sama..sakit sebab lengan dia kena ramas ngan aku..huhu..sorry Babah…dia pun ikut sama tak tidur.  Air mata mengalir usah cerita.   Alhamdullillah...pagi tue, sakit dah mula kurang..tapi ngilu dalam perut masih ada….aku tertidur kepenatan menahan sakit sampai petang.  Ye, aku hanya bangun untuk buang air dan minum sahaja…selebihnya aku hanya tidur dan tidur…dan bermula hari itu, aku berpantang buat kali yang keempat tanpa anak di sisi…Ya, kalau diikutkan, anak yang telah aku kandung berjumlah 6 orang tetapi Allah pinjamkan sepasang cahaya mata untuk aku dan suami  mencurahkan kasih dan sayang. 

Insyaallah…aku yakin Allah dah tetapkan yang terbaik buat aku dan suami.  Buat mereka yang pernah mengalami keguguran, janganlah mudah berputus asa…ingat, Allah sentiasa ada bersama kita…yakin pada kehendak dan ketentuannya. 

Permata hati Ibu dan Babah...

With Love
-Dee-


Entry 2015



Assallammualaikum sumer…lama tak bersiaran khennn…(ada yang khesah ker..hhahaha)…Actually, bukannye ada apa pun..cuma agak busy skit akhir tahun ni..(macam orang lain tak sibuk jer kan..kekdahnyer).. yelah, mana dengan bos aku yang bertukar..anak nak masuk sekolah..plan untuk buka bisnes awal tahun lagi…haduiii aiiiiii…poning kepala ahkak…stress hokey..(tue la sobab ehh, den susah bonar nak istiqamah bab berblogging ni..tapi gatai gak kann…hahahaha)

So, pe citer lepas lama tak berblogging?…banyak cito ehh..macam-macam…tapi, insya-Allah…aku akan sharekan dalam blog suam2 kuku aku ni nanti..yelah…braper lama pulakkan..hahahahaa….Okeylah..walaupun lambat aku nak ucapkan juga..’Happy New Year’ buat semua…semoga azam tahun yang lepas sudah dapat dicapai (insya-Allah) dan azam yang mendatang akan diperolehi dan dipermudahkan dengan izin Ya Rabb…aminnnnn…


Keylah..nak sambung buat kerja…daaaaaa..

With Love

-Dee-

Sunday, 19 October 2014

Aerobik & Talk Kanser Payu dara

Kanser payudara adalah salah satu kanser yang sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat terutamanya kaum wanita dan ia sukar diramalkan. Kanser ni adalah kanser yang paling ditakuti oleh semua wanita. Banyak faktor yang mempengaruhi dan terdapat banyak jenis. Dikatakan sampai kini kanser I ni masih menduduki peringkat pertama dalam kes kematian di dunia.

Kadang-kadang kita tidak perasan tentang perubahan yang terdapat pada payudara kita, baik dari segi warna, tekstur dan rupa bentuk…akibat dari cetek dalam ilmu pengetahuan dan tidak prihatin dengan perubahan diri menyebabkan penyakit ini sukar dicegah dan ditangani. Pada umumnya gejala-gejala kanser tersebut didapati dari beberapa kes kecil yang seringkali dirasakan tidak penting dan tidak berbahaya. Namun pada hakikatnya, pengenalan terhadap gejala-gejala awal kanser payudara dapat menangani kes ini secara maksima sebelum kanser merebak dan menjadi semakin serius.

Pada hari Sabut yang lepas, pihak Hospital Salam, Senawang ada menganjurkan event “Pink Aerobics, Breast Cancer & Awareness” di pasar raya Kip Mart Senawang.  Pada hari tue, ada sedikit talk tentang kanser payudara ni.  Banyak info yang dapat aku belajar…yelah, walaupun aku tahulah sedikit tentang kanser payudara ni, tapi pada hari tue, baru aku tahu…pengaruh period juga ada memberi kesan…yup…katanya, adalah normal bagi budak perempuan datang haid pada usia 12 ke 14 tahun (So, tak payah risau kalau anak datang period lambat..)…sekiranya haid datang lambat, maka payudara akan lambat matang dan peratus untuk terkena penyakit kanser payudara adalah lebih rendah…itu kata doktor tue la yer..kalau salah, ampunkan akuuuu… dan kanser payudara ni bukannya hanya pada wanita jer tau…lelaki pun ada…hah…jaga-jaga bang sado…apa-apa pun, sebagai manusia, kita kenalah prihatin dengan tubuh badan kita…sekiranya ada apa-apa perubahan yang tak berapa nak normal. Cepat-cepatlah pergi jumpa doktor…baik mencegah dari mengubati…pastikan setiap 1 atau 2 tahun sekali, buat mammogram..kalau nak buat kat LPPKN pun boleh gak.



Kerajaan dalam pembentangan Dasar Bajet 2007 telah memberi subsidi sebanyak RM50.00 bagi setiap ujian mammogram yang dijalankan oleh wanita di pusat-pusat mammogram swasta yang berdaftar dengan LPPKN.  Ini adalah untuk menggalakkan wanita untuk melakukan ujian mammogram bagi pengesanan awal kanser payudara.  Korang boleh mohon di klinik-klinik Nur Sejahtera LPPKN diseluruh negara dan siapa yang layak akan menjalani pemeriksaan payudara di klinik Nur Sejahtera LPPKN sebelum dirujuk untuk buat mammogram.  Senangkan…so, apa tunggu lagi…moh la pegi..

Sebelum aku terlupa, pada hari yang sama ada acara senamrobik  yang dibuat oleh 3 SAKA…saper lagikan…the gojes Kak Shah, Kak Aliez & Kak Eija…ramai gak yang datang..katanya lebih kurang 100 lebih kot…sgt best….kitorg beraerobik selama lebih kurang 2 jam…habis pecah-pecah lemak aku…kui..kui..kui… sesi talk tentang kanser payudara…gambar tak banyak, sbb aku lupa bawak handphone..gambar yang ada ni pun Ehsan dari kengkawan…tima kasih naaa….

Woot..woot...

Meriah takkkkkk....sangatkann..


Wooooooooooooooooooo......



  
With Love
-Dee-

Wednesday, 15 October 2014

.........?

Malam tadi lepak kedai mak...boleh dikatakan hampir tiap2 malam aku kesana...mana taknyer, sekarang ni laki aku sibuk tolong mak aku jual yang makanan goreng-goreng...alhamdullillah dah nak masuk 4 bulan dan syukur sangat, respond dari customer sgt memberangsangkan...walaupun ada la sedikit sebanyak silap...tapi, itu kan ilmu..kalau tak buat salah, macam mana nak belajar jadi yang lagi baik kan....(sesapa nak cuba, meh la jemput datang gerai mak titewwww kat S'ban Jaya ni....Sup rempah Pak Atan....gerai tepi jalan jerrrrrrrr....goreng-goreng pun adooooo....codapppp...)

Sebelum ni, laki aku bekerja dengan salah sebuah hospital swasta kat N. Sembilan...tapi disebabkan keadaan kesihatan diri dia dan keadaan sekeliling...dia terpaksa berhenti kerja...alhamdullillah, rezeki untuk suami tidak pernah putus dari Allah S.W.T.....macam2 kerja laki aku buat...tukang masak kat gerai mak aku, jual flavour untuk projek vape dia dan sekarang ni tengah berjinak-jinak ambil upah bawak orang gi mancing (tekong)...dia kan orang laut dan jugakkk pemancing tegar..so, agak mahir jugaklah bab laut ni...takperlah bah, yang penting dimurahkan rezeki diatas usaha yang babah buat untuk kami.......ibu sentiasa sokong babah....mmmuuuahhhh..(matikklaaaaa.....jgn ada yang muntoh hijooo)

Mamat ni mmg susah nak diajak bergambar
Sayang Kamooooo!!!!
Soalan :  Berapa orang yang ada dalam gambar ni?

With Love
-Dee-

Friday, 3 October 2014

Tabahlah Hati....

Hidup ini tidak selalunya indah…
Kadang-kadang, tengah dok ketawa, tiba-tiba…ada perkara yang yang akan buat kita menangis.
Kadang-kadang tengah dok bersedih, tiba-tiba…ada perkara yang buat kita berasa lega or happy selepas tu…
Pendek kata, kita tak kan tahu apa yang akan terjadi kepada kita untuk waktu-waktu yang akan datang…
Dugaan datang bertimpa-timpa bukanlah bermaksud Allah S.W.T. tak sayang pada kita…
Mungkin dia nak uji kita untuk tengok sampai tahap mana kita boleh bertahan…dia nak hamba dia sentiasa mohon pada Dia..dekat dengan Dia…
 
Insya Allah...

Tapi, yelah mungkin mudah la kot untuk kita cakap macam tu..tapi bagi empunya diri yang merasa keperitan akibat dugaan yang diberi…hanya mereka yang tahu…semoga Allah S.W.T. akan permudahkan jalan bagi mereka.  Jangan mudah mengalah...



Walau macam mama sekalipun, teruslah bersabar…ingatlah, Allah S.W.T. takkan beri dugaan kepada hambanya melebihi kemampuan hambanya itu.  Sekiranya kita rasa terbeban…tiada teman….tiada sokongan…INGAT…Allah S,.W.T. sentiasa berada di sisi kita…Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang…

Apa-apa pun, aku happy sangat bila aku dapat hadiah dari Hunny..semoga Allah S.W. T murahkan rezeki ko and permudahkan segala urusan dunia dan akhirat buat ko.....Amin...tau jer aku suka kaler hijoooo kan…ahaks…mood happy sgt….




 Akhir kata...buat renungan bersama....


With Love
-Dee-

Thursday, 25 September 2014

Sukan Sekolah …

Bila cerita bab sukan kat sekolah ni, terimbas-imbas balik masa belajar dulu…aku ni takder la aktif mana pun…kalau bab sukan, aku surrender…kalu masuk pun, mesti sebab terpaksa…akak tak suka peluh2 ni..(libas2 tudung..)..ada gak la 2 ke 3 jenis sukan aku masuk, tapi takat masuk jer la..takder apa yg nak dibanggakan pun…huhuhu…

Tapi laki aku lain…dia memang seorang yang aktif…(kata diaa..)..dulu laki aku ni wakil sekolah dalam silat olahraga, bola sepak and etc…malas aku nak listkan kat sini…yg penting dia mmg budak sukan la…So, tu la sedikit sebanyak cerita fasal sukan2 ni….

Punya la panjang kan intro aku…sebenarnya, aku nak citer fasal sukan sekolah anak aku Syafiq…kejadian berlaku semalam…aku n laki aku pegi la sekolah dia, kengkonon datang untuk bagi moral support…ada jugaklah mak pak budak2 lain yg datang, tapi tak ramai mana pun…maybe, sebab pihak sekolah buat hari sekolah, so mungkin mereka tak dapat datang…(Pandai2 jer buat rumusan sendiri kannn..)

Syafiq ni aku tengok dia ni kalau bab lari-lari, sepak2 bola mmg terer… (nama pun anak lelaki..)aku rasa dia ikut bapak dia la….bagus la tu kan..karang ikut aku, apa hal plakkk…so, semalam aku ngan laki aku pegi la sekolah dia..nak tgk dia bersukan…sukan budak2 Pra sekolah ni takder la susah mana pun..sesuai la dengan tahap dia orang kan…aku tgk dia happy la…n aku sudah semestinya mak paling over, siap jerit-jerit kat tepi suh anak aku lari cepat2…haruss la aku nak anak aku menang kan...

Masa Syafiq dok tengah lari2 tue, aku pun dok la terjerit2 kat tepi..”Syafiiqqq…cepat..cepat….”…bila dia toleh and nampak aku dok jerit-jerit cam mat lampir kat tepi, trus jatuh terduduk ko...bukan sekali tapi dua kali okey..laki aku kata, aku buat Syafiq hilang fokus…kuang jaq….tak per nak, mak beralih la…

 
Kumpulan Syafiq sebelah Kiri...

Izz' Zayanni

Kumpulan Pra Sekolah...


Mak Pak budak2  yang datang bagi moral support....

Tapi dalam dok seronok2 tu, aku dok perati anak aku ni rapat ngan sorang budak perempuan ni..siap main pok-pok amai…borak2, gelak2…main2 bunga..aku dah…apahal ko ni nak?!!!!!!...nak tergelak pun ada…dia boleh duk borak berdua jer…aku suh laki aku tengok, senyum2 mamat tu…bukan apa, anak laki aku sorang ni kalau dengan perempuan mmg pemalu…tapi tak sangka, kat sekolah..wahhhhhh, kemain terer ko bang….aku cakap ngan laki aku…pandai anak kita cari menantu tok kita kan…korang nak tau apa laki aku cakap?..dia kata aku TEBIATTT…hahahahaha…
 
Nampak tak?!!!...2 budak kat belah hujung sana...
 
Takper, aku close up skit...tengok tu..orang lain dok sibuk tgk sukan..dia berdua leh main pok-pok amai..
Pagi tadi, aku hantar Syafiq pegi sekolah..aku tengok budak perempuan ni ngan kawan2 dia ada kat pintu masuk kelas..dia nampak jer anak aku, trus dia cakap…”Yey..Syafiq dah Sampai…” Aku tengok anak aku ni dok senyum2…eh..eh..eh..ewahhh…sebelum aku gerak, aku tunggu la Syafiq ni masuk kelas dulu...boleh ko, diorang jalan beriringan berdua, masuk kelas sama-sama..hahahaha…comellll sgt…bila teringat benda ni, nak tergelak pun ada…takper la, budak2 ni bukannya tau apa-apa pun…bagi dia orang, ni adalah fasa untuk mereka berkawan….insya-Allah, akan cuba didik anak2 tuk jadi yang terbaikkkkk…amin…

With Love


-Dee-