Sunday 11 January 2015

Mengandung dan keguguran (Entry Tertunggak)



1 November 2014, aku disahkan mengandung dan masa tu usia kandungan aku berusia 5 minggu…alhamdulillah…kandungan yang kedua bagi tahun 2014.  Namun, kali ni aku pelik sebab aku langsung tak rasa mual-mual, muntah-muntah (morning sickness) seperti yang pernah aku rasa semasa mengandung anak-anak aku yang lain.  Pada mulanya, rasa syukur sangat…mungkin Allah S.W.T. permudahkan jalan bagi aku kali ini. Kalau diikutkan, kandungan aku ni adalah kandungan yang keenam tapi atas sebab-sebab kesihatan serta rezeki yang tidak berpihak kepada kitorang, yang hidup hanya 2 orang sahaja.  Ye, aku telah mengalami keguguran sebanyak 1 kali sebelum mengandungkan Syafiq dan 2 kali abortion atas sebab kesihatan selepas Izza.  Kandungan kelima adalah dalam tahun yang sama iaitu tahun 2014.     


Pertengahan bulan November aku rasa lain macam kat perut..aku sering rasa memulas tapi masih tiada tanda yang merisaukan aku.  End of November aku diarahkan untuk berkursus mulai 28 hingga 30.11.2014 di K. Lumpur.  Pada 29.11.2014, malam terakhir aku di K. Lumpur, aku rasa sakit perut aku makin menjadi..rasa cam nak terberak tapi tak ada apa-apa pun yang keluar…aku fikir aku dah tersalah makan masa tue…tapi semasa bangun pagi nak bersiap dalam toilet aku nampak ada spotted kat panty liner..rasa berdebar..ADAKAH?..tapi aku cuba untuk relax…mungkin itu tanda awal mengandung…balik jer dari kursus pada 30.11.2014, aku terus informed laki aku fasal tanda yang aku nampak…Disebabkan pernah alami keguguran, laki aku ajak aku pergi jumpa doktor hari esoknya. 


1.12.2014, aku pergi jumpa doktor dan doktor buat scan.  Doktor beritahu kandungan aku dah masuk 8 minggu tapi saiz kandungan aku agak kecil.  Dia suggest untuk buat scan melalui bawah.  Aku terus setuju.  Selepas buat scan dari bawah, doktor sahkan dan beritahu kepada aku yang kandungan aku adalah blighted ovum (hanya kantung sahaja)…Ya Allah, hanya kau yang mengerti perasaan ini.  Sedih?  Susah aku nak gambarkan perasaan aku masa ni.  Mungkin dah ketentuanNya.  Doktor beri aku ubat turun darah.  Kalau dulu aku berat hati nak telah ubat tu (sebab aku rasa aku macam pembunuh..pembunuh anak aku sendiri), tapi sekarang aku redha…redha pada ketentuanNya. 
 
Alat yang digunakan oleh doktor semasa nak scan melalui bawah

Selepas makan ubat, malam tue aku rasa sakit macam nak beranak..tuhan jer yang tau..sampai pukul 6.00 pagi aku tanggung kesakitan.  Suami aku kat sebelah pun sama..sakit sebab lengan dia kena ramas ngan aku..huhu..sorry Babah…dia pun ikut sama tak tidur.  Air mata mengalir usah cerita.   Alhamdullillah...pagi tue, sakit dah mula kurang..tapi ngilu dalam perut masih ada….aku tertidur kepenatan menahan sakit sampai petang.  Ye, aku hanya bangun untuk buang air dan minum sahaja…selebihnya aku hanya tidur dan tidur…dan bermula hari itu, aku berpantang buat kali yang keempat tanpa anak di sisi…Ya, kalau diikutkan, anak yang telah aku kandung berjumlah 6 orang tetapi Allah pinjamkan sepasang cahaya mata untuk aku dan suami  mencurahkan kasih dan sayang. 

Insyaallah…aku yakin Allah dah tetapkan yang terbaik buat aku dan suami.  Buat mereka yang pernah mengalami keguguran, janganlah mudah berputus asa…ingat, Allah sentiasa ada bersama kita…yakin pada kehendak dan ketentuannya. 

Permata hati Ibu dan Babah...

With Love
-Dee-


No comments:

Post a Comment