Kanser payudara adalah salah satu kanser yang sudah
tidak asing lagi di kalangan masyarakat terutamanya kaum wanita dan ia sukar
diramalkan. Kanser ni adalah kanser yang paling ditakuti oleh semua wanita.
Banyak faktor yang mempengaruhi dan terdapat banyak jenis. Dikatakan sampai
kini kanser I ni masih menduduki peringkat pertama dalam kes kematian di dunia.
Kadang-kadang kita tidak perasan tentang perubahan yang terdapat
pada payudara kita, baik dari segi warna, tekstur dan rupa bentuk…akibat dari cetek
dalam ilmu pengetahuan dan tidak prihatin dengan perubahan diri menyebabkan
penyakit ini sukar dicegah dan ditangani. Pada umumnya gejala-gejala kanser
tersebut didapati dari beberapa kes kecil yang seringkali dirasakan tidak
penting dan tidak berbahaya. Namun pada hakikatnya, pengenalan terhadap gejala-gejala
awal kanser payudara dapat menangani kes ini secara maksima sebelum kanser
merebak dan menjadi semakin serius.
Pada hari Sabut yang lepas, pihak Hospital Salam, Senawang ada
menganjurkan event “Pink Aerobics,
Breast Cancer & Awareness” di pasar raya Kip Mart Senawang. Pada hari tue, ada sedikit talk tentang kanser
payudara ni. Banyak info yang dapat aku
belajar…yelah, walaupun aku tahulah sedikit tentang kanser payudara ni, tapi
pada hari tue, baru aku tahu…pengaruh period juga ada memberi kesan…yup…katanya,
adalah normal bagi budak perempuan datang haid pada usia 12 ke 14 tahun (So, tak payah risau kalau anak datang period
lambat..)…sekiranya haid datang lambat, maka payudara akan lambat matang
dan peratus untuk terkena penyakit kanser payudara adalah lebih rendah…itu kata
doktor tue la yer..kalau salah, ampunkan akuuuu… dan kanser payudara ni
bukannya hanya pada wanita jer tau…lelaki pun ada…hah…jaga-jaga bang sado…apa-apa
pun, sebagai manusia, kita kenalah prihatin dengan tubuh badan kita…sekiranya
ada apa-apa perubahan yang tak berapa nak normal. Cepat-cepatlah pergi jumpa
doktor…baik mencegah dari mengubati…pastikan setiap 1 atau 2 tahun sekali, buat
mammogram..kalau nak buat kat LPPKN pun boleh gak.
Kerajaan
dalam pembentangan Dasar Bajet 2007 telah memberi subsidi sebanyak RM50.00 bagi
setiap ujian mammogram yang dijalankan oleh wanita di pusat-pusat mammogram
swasta yang berdaftar dengan LPPKN. Ini
adalah untuk menggalakkan wanita untuk melakukan ujian mammogram bagi
pengesanan awal kanser payudara. Korang boleh
mohon di klinik-klinik Nur Sejahtera LPPKN diseluruh negara dan siapa yang
layak akan menjalani pemeriksaan payudara di klinik Nur Sejahtera LPPKN sebelum
dirujuk untuk buat mammogram. Senangkan…so,
apa tunggu lagi…moh la pegi..
Sebelum aku terlupa, pada hari yang sama ada acara senamrobik yang dibuat oleh 3 SAKA…saper lagikan…the
gojes Kak Shah, Kak Aliez & Kak Eija…ramai gak yang datang..katanya lebih
kurang 100 lebih kot…sgt best….kitorg beraerobik selama lebih kurang 2 jam…habis
pecah-pecah lemak aku…kui..kui..kui… sesi talk tentang kanser payudara…gambar
tak banyak, sbb aku lupa bawak handphone..gambar yang ada ni pun Ehsan dari
kengkawan…tima kasih naaa….
Woot..woot... |
Meriah takkkkkk....sangatkann.. |
Wooooooooooooooooooo...... |
With Love
-Dee-
dah :)
ReplyDeletevavava....bagussssssss....
ReplyDeleteSlam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser..herba warisan ini terlalu berkesan...akar kayu warisan...merawat dan membaik pulih...jangan sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi...
ReplyDeletesy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin
NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN