Thursday, 18 September 2014

Kenduri Kaweennn..

Bulan lepas, kami sekeluarga dapat jemputan kenduri kawen dari pakcik aku kat Johor….anak dia nak kawen….dah banyak kali dah pakcik aku buat kenduri, tapi baru kali ni, kami sekeluarga berkesempatan untuk pergi…sebenarnya, kejadian ni berlaku 2 minggu yang lepas…meriah kenduri kawen kat kampung…suker sangat….masih mengekalkan aktiviti rewang… kedua-dua pengantin sama cantik sama padan..dua-dua anak peneroka felda…kecik molek jer kedua-duanyer…teringat zaman masa muda-mudi dulu..hahahahahaha….

Gambar gelap sebab bawah khemah...sama pulak kaler baju ngan pengantin


 Pakcik aku tinggal kat Segamat…Felda apa ntah..aku pun lupa….tapi, seronok betul la masuk kampung pakcik aku tue…rumah bagak2 ko…jangan main2 dgn orang Felda…suasana tenang jer…..aman gitew…aku satu family pergi ngan mak, ayah & adik bongsu aku jer…angah & alang tak dapat ikut sebab masing-masing ada hal…so, takper la…meriah betul...kebetulan hari tu aku sampai lambat..lebih kurang dalam jam 3.00 petang..tapi orang masih tak putus2 lagi…dalam kul 4.00 petang,  hujan turun mencurah-curah…rahmat Allah S.W. T. …

Dek kerana aku sampai lambat & masa tue pulak hujan, aku hanya dapat tangkap 2 – 3 keping gambar je  dengan pengantin…gilew ko, dah la tepon aku ni stok balik anj*** jer…kang dek kerana tempias hujan yang menderu tue..trus black out…susah acik nak berselepot lagi pas ni.....

Mak & Ayah...
Masa ni, adik beradik mak dah start balik...jadi, yang tinggal kami sekeluarga jer...kami sampai lambat..kena la balik lambatkan..kalu balik cepat..melampau sangat ko...

Main sorang2 pun jadik...

Ni bukan atas suruhan yer...ni dia sendiri punya stail...



Ntah apa pesen ntah anak bujang aku ni..kalu disuruh ambik gambar...cenggini la kekdahnyer...nak kata otomen bukan..spiderman pun bukan..adoila...kesayangan sangat  ni...


Bukannya reti duduk diam anak aku ni....

Ayu tak?...wink!

Tue gambar candid yer...bukan saja2 buat miang...

Cak..

OK..yang ni memang dibuat2...bhaahahaha
Tuan Tanah & Adik Bongsu..



With Love


-Dee- 

LIEBSTER AWARD

Assallamualaikum…

Vavavaaa…pepagi lagi dah terima jemputan dari Cik Rosmiza kita nieh…terima kasih yer sebab sudi tag blog kita untuk segmen LIEBSTER AWARD ni…tag bukan sebarang tag tau…tag kena jawab soklan…kikikikikiki….insyaallah…dengan penuh daya dan usaha, akan ku jawab soklan mu itu Cik Rosmiza


sebelum tue…Syarat-syarat untuk join LIEBSTER AWARD nie adalah seperti berikut:-….colan-colannya adalahhhhh…

  • Nyatakan blogger yang telah mencalonkan anda untuk menerima LIEBSTER AWARD dengan backlink ke blog mereka. (Link kat blog yang tag korang tau)
  • Jawab 11 soalan yang ditanya.
  • Calonkan 11 blogger lain.
  • Hasilkan 11 soalan untuk dijawab oleh 11 blogger yang terpilih.
  • Maklumkan rakan blogger bahawa dia menerima LIEBSTER AWARD ini.


  
 Ok…kat bawah ni soklan-soklan dari Cik Rosmiza untuk aku…waddduuuhhh…

1.   Apakah Perasaan Anda Apabila Di Nominate Untuk Menerima LIEBSTER AWARD?
Waahhh..rasa teruja, terkujat, terkedu dan semua yang ‘ter2’...apa-apa pun terima kasih kepada Cik Rosmiza sebab sudi tag blog kiteww..hew..hew..hew…

2.   Pendapat Anda Tentang LIEBSTER AWARD?
Pendapat saya…THORRBBAEEKKKK..sebab boleh kenal dengan lebih banyak blogger…terutama bagi budak baru mcm saya ni…of course, ini adalah peluang yang sgt ditunggu2..(sila tolong tunjuk ajar yerr….)

3.   Port/Tempat Paling Santai Untuk Berblog?
Dalam Office saya…shhhhhh….(saya dok sorang2 dlm office….leh ler ngular japp…). Tak pun dalam kamar beradu…sambil baring silang2 kaki….

4.   Definisi Santai Bagi Anda?
Relaks…tenang….

5.   Antara Korea & Jepun, Mana Satu Pilihan Percutian Anda? Kenapa?
Korea….Kenapa? Sebab saya suka K-Pop..(leh terima ker jawapan ni)

6.   Apa Pandangan Anda Tentang Seorang Fulltime Blogger?
Tahniah…kamu memang hebat…sebab bukan senang tau nak istiqamah untuk berblogging…mana nak cari info..mana nak karang ayat…salah karang nanti masuk paper…maunnn?....

7.   Antara Shopping & Menonton Wayang, Yang Mana Satu Jadi Pilihan? Kenapa?
Tengok wayannnnnggggg…suker2…

8.   Perkara Wajib Yang Anda Mesti Buat Sebelum Tidur?
Gentel rambut…..

9.   Perkara Pertama Yang Anda Buat Selepas bangun Tidur?
Golek-golek atas tilam dulu…stretching kato ko…haha

10. Nyatakan Ciri2 Blog Yang Anda Suka Baca.
Santai..fun…kelakar….

11.   Pendapat Anda Tentang Blog Ini?
Blog ni best…byk cerita-cerita & info yang boleh dikongsikan….sukeeerrr baca…

Fuh…dah setel jawab soklan Cik Rosmiza…agak2 menepati skop jawapan tak?..kekekekekekeke…..Kalau tadi, aku dh jawab soklan dari  Cik Rosmiza…sekarang ni, aku nak bagi soklan kat korang pulak tau…sonang bai tue…

1.      Nama panggilan manja korang dan kenapa dipanggil begitu?
2.      Tinggal kat ner?
3.      Aktiviti paling giler yang pernah korang buat? (Tak giler tak terima yer)..
4.      Dah berapa lama berblogging?
5.      Pengalaman yang paling tidak boleh korang lupakan.
6.      Kalau diberi peluang untuk melancong..kat mana korang nak pergi? Sebabnyer?
7.      Aktiviti sukan yang korang suka buat / join?
8.  Pelakon yang palinggg…pallliiinnnngggg korang nak jumpa sesangat?
9.    Kalau korang diberi pilihan untuk memilih…korang nak jadi yang mana satu…
          a)      Artis AF..
          b)      Ustazah..
          c)      Lawyer..
          d)      Blogger..
          e)      Surirumah..
f)       dan lain-lain..
          Pilih satu jerr tau…
10.    Harapan korang sebagai seorang blogger?
11.    Apa pendapat korang tentang blog kitewwwwwww…..miow…

Haaa…..senang kann..kan…kannn…so, apa lagi, sila la jawab soklan-soklan tersebut yer..so, sekarang, aku nak tag LIEBSTER AWARD  ni kat blogger2 istimewa ni pulakkkkk….

  1. Acik Watie
  2. Haffizul Iskandar
  3. Rosniena
  4. Anizz Annisa
  5. InaAchik
  6. Ratu Kebaya
  7. Siti Shuhadah
  8. Mrs Ecam
  9. Deqna
  10. Ahmad Zu Mal Md Raji
  11. Ros_Reeza



With Love

-Dee-




Wednesday, 17 September 2014

Bila anak-anak mula berselfie..


Hmmm….bila tengok keletah anak2 aku ni…tersengih2 aku kat depan komputer…orang nak berselfie…diorg pun nak sama….
So, layankan ajer...












With Love


-Dee- 

Riadah

Sempena cuti Hari Malaysia yang lepas…aku amik cuti 2 hari….hari senin ngan rabu..so, hari ni, baru aku masuk kerja…apa aku buat 3 hari cuti tue?...Hari Sabtu lepas, ajak anak2 aku gi jogging kat Hills Park, Seremban 2…nak buang lemak kekdahnyer…hahaha…semput acik wok…dah lama membela…tiba2 nak dibuangnya lemak tepu ni…haih…berlecak2 ketiak aku…anak2 aku, macam biasa….seronok jer la…bukannya kira penat ke apa….yang penting semua benda dia nak try…





Kebetulan..kat Hills Park tue, ada patung2 dinasour…makin seronok la bebudak ni…ngan Ucu sekali hilang pedoman..wkakakaa…
Itu bukan tonggek..Itu lemak terlebih...waaaaaa


Sayang Korang...







Otomen Taroooo..


Awww......

Kesayangan...

Bukannyer reti takot anak aku ni...kemain laju dia turun...

Walaupun berlecak2 ketiak masing2..yang pastinyer...laki aku jugak maintain kurus...


Dalam dok seronok2 tue, ada sorang makhluk ni….boleh dibawaknyer anjing dtg kat tempat ni…walhal, dah terang-terang ada signboard ‘Dilarang bawa binatang peliharaan’…siap diletaknya anjing tue kat tempat main gelongsor…kesian anak2 aku nak main gelongsor tak dapat…jaga ada …tapi setakat ada je la…action?  No….yelek pok….

With Love


-Dee- 

Friday, 12 September 2014

GILAAAA…


 
Partner in Crime…




Cik adik manis ni praktikal student yang buat praktikal kat office aku…hahahahaa…actually, ni adalah gambar lama…tadi dok godek-godek ternampak plak gambar  ni…dah jadi mak orang dah dia…rindu nak g karaoke sama-sama....hahaha…..mmg boleh gile kalu berjumpa…sekarang ni tgh jaga baby kat umah….bagus budak ni, sangat menurut perintah…buat kerja bagus…on jerr…Akak doakan semoga trus sukses yer dik…




bagus punya ajaran kan…


With Love

-Dee-

Thursday, 11 September 2014

Segmen : Aku Seorang Blogger


Nak Join...Click Sini Meh...

Assalamualaikum…tadi terbaca satu segmen yang bertajuk “Aku Seorang Blogger” dari Blogger terkenal..sape lagi kalu bukan Blogger Ben Ashaari…aku ni sebenarnya silent reader untuk blog dia..dan banyak info yang aku dapat dari blog beliau…ini adalah first time aku join segmen dari blog Ben..kebetulan pulak aku ni adalah blogger yang baru berjinak-jinak dengan dunia blogging..blog pun suam-suam kuku jer..huhuhu..So, aku rasa ini adalah satu peluang utk aku perkenalkan blog aku ni pada umum…

Untuk segmen ni, Ben ada beri beberapa soklan cepu emas untuk dijawab…soalan-soalannya adalahhhhh seperti berikuttt:-

1.    Terangkan secara ringkas peranan anda sebagai seorang blogger kepada orang sekeliling anda , masyarakat dan negara .. Apakah isu yang ingin tekankan terutama sekarang ini !

Ok..isu yang patut aku tekankan sekarang adalah lebih kepada isu-isu terkini yang berlaku di sekeliling kita dengan tidak melampaui batas supaya dapat dimanfaatkan oleh semua.  Memandangkan blog aku ni lebih kepada cerita tentang diri, family dan aktiviti yang selalu aku buat…why not aku share kann..gitew..

Wah…berkaliber sungguh kannnnnn…(kesat peluh menitik-nitik sambil jawab soklan)

2.      Jika anda mampu dapat pendapatan dari blog sehingga ribuan ringgit, apakah anda akan berhenti bekerja dan menjadi blogger sepenuh masa. Apakah bisnis yang akan anda lakukan sebagai Backup Plan masa depan ?

Errrmmmmm…kalu aku dapat income ribu-ribu daripada usaha berblogging..(shuker2)…insya-Allah aku akan buat bisnes online jual pakaian Muslimah..memandangkan sebelum ini aku pernah berbisnes pakaian Muslimah (tetapi terpaksa stop sebab kekangan masa), mungkin aku boleh aku perkembangkan lagi…aminnnnn..


3.      Ceritakan sedikit mengenai harapan anda sebagai seorang blogger terhadap dunia blog ini ?

Harapan aku..semoga aku terus istiqamah untuk berblogging..(memandangkan aku ni agak lembap nak update)..bersaing secara sihat untuk jadi lebih baik dan jumpa lebih ramai kawan blogger…insya-Allah…


With Love

-Dee-

Sunday, 7 September 2014

Sifat Amarah

Dalam diri setiap manusia pasti akan ada kekurangan…ya, kekurangan kita sebagai seorang manusia yang tidak dapat dielak..segigih mana pun kita berusaha untuk jadi yang terbaik, pasti akan ada sedikit calit kesilapan....nobody is perfecto….

Contohnya macam aku…aku kalau dah marah, mmg susah nak control…yes….aku tak tipu…mak aku kata, aku ni menurun perangai baran ayah aku…hikhikhik…mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasik kann…giteww…tapi, lama-lama aku rasa terbeban dengan kekurangan aku ni..sebab apa?..sebab aku tak boleh nak control perasaan marah aku ni dengan anak-anak aku…pantang buat silap sikit, aku akan marah seolah-olah macam besar sangat salah mereka..ya..aku tau aku silap…sangat silap..

Sejak akhir-akhir ni, Syafiq banyak meragam, pantang silap sikit..dia akan mengenyok, membentak…kadang-kadang buat muka…tak boleh kena tegur sikit…aku tak tau kenapa..bila aku tanya, dia kata tak ada apa-apa…dia seolah-olah macam memberontak…macam ada yang tak kena…dan malam tadi, aku jadi terlampau geram, aku tampar muka anak aku yang baru berusia 6 tahun tue..Ya, Allah…teruknya aku ni….

Dia menangis kuat…menyesalnya hati aku tak tau nak cakap macam mana..rasa cam nak potong je tangan ni…kesalahan dia cuma nak makan ayam goreng dan aku masa tue tak sempat nak masak..ye la dah malam dan kebetulan ada lauk lain yang dah aku masakkan untuk anak-anak aku…Ya, Allah..air mata ni menitis sampai bengkak mata…tuhan jer yang tau perasaan aku macam mana masa tue…terdengar je dia menjerit…aku tergamam…terduduk aku kejap..aku pandang muka dia…anak aku dok pegang pipi dia sambil teresak-esak….hati aku menangis, air mata aku keluar usah cerita la…aku peluk dia erat..minta maaf kat dia…aku tak sengaja tampar muka dia……Ya, Allah..ampunkan aku…malam tadi, aku peluk dia tidur…dia pegang kuat tangan aku…Yer, air mata aku menitis lagi..dekat pukul 4.00 pagi baru aku terlelap…menyesal sangat…

Pagi tadi, macam biasa hantar dia pegi sekolah…aku cium pipi dia dan beritahu dia..”Syafiq..ibu minta maaf sebab marah Syafiq malam tadi…Ibu sayang Syafiq dunia dan akhirat…Syafiq belajar rajin2 tau..”…dia angguk, aku nampak ada air bergenang kat mata dia…dia peluk aku kuat…Ya, Allah…sedihnya…Ya, Allah...jauhkanlah aku dari sifat amarah itu...penuhkanlah hati ku ini dengan kasih sayang yang tiada penghujung....amin ya rabbal alamin...



Mood kelaut pagi ni…


-Dee-