Wednesday, 17 September 2014

Bila anak-anak mula berselfie..


Hmmm….bila tengok keletah anak2 aku ni…tersengih2 aku kat depan komputer…orang nak berselfie…diorg pun nak sama….
So, layankan ajer...












With Love


-Dee- 

Riadah

Sempena cuti Hari Malaysia yang lepas…aku amik cuti 2 hari….hari senin ngan rabu..so, hari ni, baru aku masuk kerja…apa aku buat 3 hari cuti tue?...Hari Sabtu lepas, ajak anak2 aku gi jogging kat Hills Park, Seremban 2…nak buang lemak kekdahnyer…hahaha…semput acik wok…dah lama membela…tiba2 nak dibuangnya lemak tepu ni…haih…berlecak2 ketiak aku…anak2 aku, macam biasa….seronok jer la…bukannya kira penat ke apa….yang penting semua benda dia nak try…





Kebetulan..kat Hills Park tue, ada patung2 dinasour…makin seronok la bebudak ni…ngan Ucu sekali hilang pedoman..wkakakaa…
Itu bukan tonggek..Itu lemak terlebih...waaaaaa


Sayang Korang...







Otomen Taroooo..


Awww......

Kesayangan...

Bukannyer reti takot anak aku ni...kemain laju dia turun...

Walaupun berlecak2 ketiak masing2..yang pastinyer...laki aku jugak maintain kurus...


Dalam dok seronok2 tue, ada sorang makhluk ni….boleh dibawaknyer anjing dtg kat tempat ni…walhal, dah terang-terang ada signboard ‘Dilarang bawa binatang peliharaan’…siap diletaknya anjing tue kat tempat main gelongsor…kesian anak2 aku nak main gelongsor tak dapat…jaga ada …tapi setakat ada je la…action?  No….yelek pok….

With Love


-Dee- 

Friday, 12 September 2014

GILAAAA…


 
Partner in Crime…




Cik adik manis ni praktikal student yang buat praktikal kat office aku…hahahahaa…actually, ni adalah gambar lama…tadi dok godek-godek ternampak plak gambar  ni…dah jadi mak orang dah dia…rindu nak g karaoke sama-sama....hahaha…..mmg boleh gile kalu berjumpa…sekarang ni tgh jaga baby kat umah….bagus budak ni, sangat menurut perintah…buat kerja bagus…on jerr…Akak doakan semoga trus sukses yer dik…




bagus punya ajaran kan…


With Love

-Dee-

Thursday, 11 September 2014

Segmen : Aku Seorang Blogger


Nak Join...Click Sini Meh...

Assalamualaikum…tadi terbaca satu segmen yang bertajuk “Aku Seorang Blogger” dari Blogger terkenal..sape lagi kalu bukan Blogger Ben Ashaari…aku ni sebenarnya silent reader untuk blog dia..dan banyak info yang aku dapat dari blog beliau…ini adalah first time aku join segmen dari blog Ben..kebetulan pulak aku ni adalah blogger yang baru berjinak-jinak dengan dunia blogging..blog pun suam-suam kuku jer..huhuhu..So, aku rasa ini adalah satu peluang utk aku perkenalkan blog aku ni pada umum…

Untuk segmen ni, Ben ada beri beberapa soklan cepu emas untuk dijawab…soalan-soalannya adalahhhhh seperti berikuttt:-

1.    Terangkan secara ringkas peranan anda sebagai seorang blogger kepada orang sekeliling anda , masyarakat dan negara .. Apakah isu yang ingin tekankan terutama sekarang ini !

Ok..isu yang patut aku tekankan sekarang adalah lebih kepada isu-isu terkini yang berlaku di sekeliling kita dengan tidak melampaui batas supaya dapat dimanfaatkan oleh semua.  Memandangkan blog aku ni lebih kepada cerita tentang diri, family dan aktiviti yang selalu aku buat…why not aku share kann..gitew..

Wah…berkaliber sungguh kannnnnn…(kesat peluh menitik-nitik sambil jawab soklan)

2.      Jika anda mampu dapat pendapatan dari blog sehingga ribuan ringgit, apakah anda akan berhenti bekerja dan menjadi blogger sepenuh masa. Apakah bisnis yang akan anda lakukan sebagai Backup Plan masa depan ?

Errrmmmmm…kalu aku dapat income ribu-ribu daripada usaha berblogging..(shuker2)…insya-Allah aku akan buat bisnes online jual pakaian Muslimah..memandangkan sebelum ini aku pernah berbisnes pakaian Muslimah (tetapi terpaksa stop sebab kekangan masa), mungkin aku boleh aku perkembangkan lagi…aminnnnn..


3.      Ceritakan sedikit mengenai harapan anda sebagai seorang blogger terhadap dunia blog ini ?

Harapan aku..semoga aku terus istiqamah untuk berblogging..(memandangkan aku ni agak lembap nak update)..bersaing secara sihat untuk jadi lebih baik dan jumpa lebih ramai kawan blogger…insya-Allah…


With Love

-Dee-

Sunday, 7 September 2014

Sifat Amarah

Dalam diri setiap manusia pasti akan ada kekurangan…ya, kekurangan kita sebagai seorang manusia yang tidak dapat dielak..segigih mana pun kita berusaha untuk jadi yang terbaik, pasti akan ada sedikit calit kesilapan....nobody is perfecto….

Contohnya macam aku…aku kalau dah marah, mmg susah nak control…yes….aku tak tipu…mak aku kata, aku ni menurun perangai baran ayah aku…hikhikhik…mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasik kann…giteww…tapi, lama-lama aku rasa terbeban dengan kekurangan aku ni..sebab apa?..sebab aku tak boleh nak control perasaan marah aku ni dengan anak-anak aku…pantang buat silap sikit, aku akan marah seolah-olah macam besar sangat salah mereka..ya..aku tau aku silap…sangat silap..

Sejak akhir-akhir ni, Syafiq banyak meragam, pantang silap sikit..dia akan mengenyok, membentak…kadang-kadang buat muka…tak boleh kena tegur sikit…aku tak tau kenapa..bila aku tanya, dia kata tak ada apa-apa…dia seolah-olah macam memberontak…macam ada yang tak kena…dan malam tadi, aku jadi terlampau geram, aku tampar muka anak aku yang baru berusia 6 tahun tue..Ya, Allah…teruknya aku ni….

Dia menangis kuat…menyesalnya hati aku tak tau nak cakap macam mana..rasa cam nak potong je tangan ni…kesalahan dia cuma nak makan ayam goreng dan aku masa tue tak sempat nak masak..ye la dah malam dan kebetulan ada lauk lain yang dah aku masakkan untuk anak-anak aku…Ya, Allah..air mata ni menitis sampai bengkak mata…tuhan jer yang tau perasaan aku macam mana masa tue…terdengar je dia menjerit…aku tergamam…terduduk aku kejap..aku pandang muka dia…anak aku dok pegang pipi dia sambil teresak-esak….hati aku menangis, air mata aku keluar usah cerita la…aku peluk dia erat..minta maaf kat dia…aku tak sengaja tampar muka dia……Ya, Allah..ampunkan aku…malam tadi, aku peluk dia tidur…dia pegang kuat tangan aku…Yer, air mata aku menitis lagi..dekat pukul 4.00 pagi baru aku terlelap…menyesal sangat…

Pagi tadi, macam biasa hantar dia pegi sekolah…aku cium pipi dia dan beritahu dia..”Syafiq..ibu minta maaf sebab marah Syafiq malam tadi…Ibu sayang Syafiq dunia dan akhirat…Syafiq belajar rajin2 tau..”…dia angguk, aku nampak ada air bergenang kat mata dia…dia peluk aku kuat…Ya, Allah…sedihnya…Ya, Allah...jauhkanlah aku dari sifat amarah itu...penuhkanlah hati ku ini dengan kasih sayang yang tiada penghujung....amin ya rabbal alamin...



Mood kelaut pagi ni…


-Dee-

Wednesday, 20 August 2014

Open House kat Office...

Hari ni malas nak citer bebanyak...penat sangat sebab semalam tolong suami terchenta meniaga..huhuhu..bengkak kaki ku....

19.8.2014, office aku ada buat open house sempena Hari Raya Aidilfitri and persaraan 2 staff kat sini....Menu tahun ni lebih kurang sama jer macam menu tahun lepas..lemang, nasi beriani, rendang, ketupat, cendol, rojak buah, char kuew tiow and buah....sambutan tahun agak sempoi sikit berbanding tahun2 sebelum ni...selalunya, akan ada persembahan la dari setiap department dan biro kebudayaan...tapi tahun ni tak der sebab sempena hari berkabung bagi mangsa2 MH17...gilo ko, orang tengah sedeh2..ko boleh berjimba kat pentas...wahhhhh...prihateeennn sangat kan...

Walaupun agak sempoi, tapi masih lagi meriah...So, malas nak citer panjang...moh layan gambeeerrrr kak wok...lets the picture talks..hahahahaa.....




Gebusnyer lengan kuuuu......(ko hado...wawaaaaaaaaaaaaaaaaa)





Gediks


Hunny Bee & Me





With the officers....

Penari2 dari group Kebudayaan.....
With Love

-Dee-

Monday, 18 August 2014

Hari Raya

Orang dah jenuh dah cerita fasal sambutan hari raya..aku baru terhegeh-hegeh nak kongsi..huhuhu…
so, far tahun ni, sambutan tak berapa sangatlah..tak tahu nak cakap macam mana..tapi memang kurang ummpphh gitew…adik aku si angah tak ada..dia beraya belah suami dia kat Perlis...so yang tinggal hanya kami tiga beradik yang dapat jumpa kejap-kejap sebab lepas tue kita orang dah gerak nak ke tempat lain..

Tahun ni, raya pertama aku satu famili pergi ziarah kubur arwah abang ipar aku kat Lukut, pastu gerak gi rumah mak aku pulak..dah makan-makan, mintak ampun minta maap, terus gerak gi ziarah kubur arwah wan pulak kat Sungai Rotan…kemudian, lebih kurang dalam pukul 1.30 tgh, barulah kitorang gerak gi umah mak metua aku di Mambau..disebabkan kepenatan dan kebetulan hari tue, cuaca amatlah panas..(ahkak kan tak leh panas2 ni..)…lepas makan sup tulang marveles mak metua, trus pitam dan zzzzzzzzzz…..huhuhuhu…


Hari raya kedua lepak rumah lagi..kakak ipar nak datang beraya..so, hari raya kedua adalah hari melepak kat rumah sajork..hari raya ketiga barulah kami gerak ke Muar, kampung belah mak aku…kami balik hari jer…hari raya keempat sampai laaa habis cuti, aku duk umah jer tunggu tetamu datang…tahun ni macam malas nak gi beraya…ada la 2 ke 3 buah rumah pergi…itu pun, rumah kawan2 yang betul2 rapat jer…..

Gambar hari raya tahun ni pun tak banyak….pemalas betul tau..

Mak & Ayah

Atok & Nenak bersama Cucu2..

Tuan Rumah Kedaung

Ngan anak2...(gambar guna handphone murah yooo..)

Part of my family

Tuan rumah & adik bongsu

Selpot 

Nak ke Muar.....melebor senyum...bertambah kembong pipi...

On da way nak ke Muar, sepanjang jalan adalah hujan...

Tetamu yang datang..


Ke Kolo Pilah....ada 2 buah rumah nak poie haa..
Kebanyakkan gambar yang ditangkap adalah didalam kereta....
Nampak sangatkan pemalasnya...

With Love
-Dee-