Thursday, 17 July 2014

Pesawat MAS MH 17 Ditembak...

Pagi ni aku baca paper BH..terkejut aku dengan keratan muka surat hadapan surat khabar tersebut.  Ya Allah..rasa sedih sangat…298 penumpang  dan anak kapal terbunuh(Pihak MAS telah meminda jumlah yang terkorban)…Innalillahi wainnalillahi rojiun…takziah aku ucapkan kepada ahli keluarga mereka…

Mengikut kepada sumber-sumber yang aku baca dari internet dan surat khabar, MH 17 ditembak dengan peluru berpandu BUK-M1 (aka SA-11) surface-to-air missile system

Sumber dari Berita Harian
”KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini menjelaskan bahawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal - berada dalam pesawat Boeing 777 yang terhempas di Ukraine semalam semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. 


MAS menjelaskan bertentangan dengan kenyataan sebelum ini, penerbangan itu membawa sejumlah 283 penumpang, termasuk tiga bayi, pelbagai warganegara dan 15 anak kapal warga Malaysia. 

Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan sebelum ini menyatakan pesawat malang penerbangan MH17 itu membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal. 


Sebilangan warganegara penumpang masih belum dikenal pasti.

Syarikat penerbangan itu menyenaraikan jumlah penumpang dan anak kapal mengikut warganegara iaitu Belanda 154; Malaysia (43 termasuk 15 anak kapal dan dua bayi); Australia (27); Indonesia (12 termasuk seorang bayi), United Kingdom (9); Jerman (4); Belgium (4); Filipina (3); Kanada (1); dan yang tidak disahkan (41).

Menurut MAS, syarikat itu sedang dalam proses memaklumkan waris terdekat penumpang dan anak kapal. 


"Fokus kami sekarang adalah bekerjasama dengan pasukan bantuan kecemasan dan pihak berkuasa dan menggerakkan sepenuh sokongannya bagi menyediakan bantuan penjagaan sebaik mungkin kepada waris terdekat," menurut kenyataan itu.
MAS mengesahkan pesawat itu tidak membuat panggilan kecemasan. 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh. 


MAS juga menggerakkan “Go Team” ke Amsterdam dengan sekumpulan penjaga dan sukarelawan membantu anggota keluarga penumpang. 


"Doa dan harapan kami bersama dengan penumpang dan anak kapal yang terlibat dan anggota keluarga mereka," menurut syarikat penerbangan itu. 


Syarikat itu akan menyediakan perkembangan terkini berhubung keadaan itu.
Anggota keluarga penumpang dan anak kapal boleh menghubungi talian +60378841234 (Malaysia) atau +31703487770 (Netherlands). “






Sesungguhnya, ajal maut, jodoh pertemuan itu adalah ditangan Allah SWT.  Semoga diberi kekuatan kepada ahli keluarga yang terlibat.  

With Love


-Dee-

No comments:

Post a Comment