Malam
tadi, waktu aku tengah dok belek muka buku, aku ada ternampak satu post kawan
aku sempena hari guru yang lepas. Member
sekolah aku post gambar kelas kitorang.
Tak silap aku masa tue, kitorang dalam Tingkat 3 atau 4 . So, bila tengok balik gambar tu, tak sangka
dah lebih kurang 13 tahun dah usia gambar tu and masing-masing pun dah ada yang
berkeluarga…Bila tengok gambar and komen2 kawan, aku senyum
sorang-sorang..nasib baik En. Teman dah tidur..kalu idok, mahu dikatanya aku ni
gile…
Masa
sekolah dulu, aku ni tak aktif langsung ngan sukan…ada la satu sukan yang aku
join. Kalau tak silap, aku masuk team bola tampar masa tingkatan 4 tapi jadi
player simpanan sajorkkk…ok la dari takder.
aku pun dah lupa naper aku masuk team bola tampar sedangkan aku sindrik
tak reti main. Pernah skali jadi wakil
sekolah untuk team bola tampar (walaupun hanya simpanan) kat Sekolah ACS (depan
Yoahan)….tapi tak ingat la, sama ada sekolah kitorang ni menang ke tidak..dah
lama koooottttt….sukan yang lain memang idok laaaa….
Budak sekolah aku buat reunion kat PD...Sila cari mana aku..ahaks |
Tapi,
apa yang paling aku ingat sekali, masa sekolah aku agak aktif jugaklah dengan
Kelab Kebudayaan…aku join kelab dari tingkatan 2 dan masa tingkatan 5 aku jadi
Setiausaha Kelab..aku adalah salah seorang daripada penari kat sekolah tue…sempat
la masuk 2 kali pertandingan untuk 2 tahun berturut-turut di Pertandingan menari..(aku lupa nama pertandingan tue..harap maaf) di SMJK Chung Hwa Temiang (kalu tak silap aku lah)..hikhikhik….aku pun
ada masuk pertandingan nyanyi lagu Melayu asli…pernah sekali, ada satu masa
Radio Negeri Sembilan ada buat pertandingan menyanyi lagu asli..so, aku ngan
kawan aku pun pergi la try untuk ujian saringan..then, aku dapat jadi finalis
dan dipanggil untuk bertanding di Port Dickson, tapi taklah pergi sebab
pertandingan tu buat waktu malam dan aku masa tu masih bersekolah (Ting. 5)….of
course, hasrat murni aku tu ditolak mentah2 oleh big bos a.k.a bapak aku…
Tak
cukup kat situ, masa sambung belajar di UiTM, aku ada jugak join tarian wakil
Kolej untuk Hari Kolej…tak silap aku 3 kali aku wakil kolej..then, buat performance
untuk makan malam bagi course kitorang..Tapi, masa ni takder cikgu yang ajar
pun. Step pandai2 sendiri jer..mana yang
ingat..kitorang campur adukkan, yang penting cantik…(cantik ker?!)
Ada
gak yang tanya aku, boleh ker aku ni menari sebab aku kan gemsss…aku senyum
jerrr…ye lah, kang aku cakap tak cayer…(dulu aku kurus tau...hahahahahaha) biarlah mulut orang…..mentang2 aku gems…(kau hebak sangat ker..sampai nak kata orang
lain tak hebak cam mung?!!!!..)
*Sorry banyak melalut…huhuhu…
So
far, pengalaman masa sekolah mmg best and aku rasa korang pun rasa cam aku kan…semua
benda rasa happy…walaupun selalu kena marah ngan cikgu…walaupun perangai,
nauzubillahhhh…tapi, ttp bestttttt……..
With
Love
-Dee-
No comments:
Post a Comment