1
November 2014, aku disahkan mengandung dan masa tu usia kandungan aku berusia 5
minggu…alhamdulillah…kandungan yang kedua bagi tahun 2014. Namun, kali ni aku pelik sebab aku langsung
tak rasa mual-mual, muntah-muntah (morning sickness) seperti yang pernah aku
rasa semasa mengandung anak-anak aku yang lain.
Pada mulanya, rasa syukur sangat…mungkin Allah S.W.T. permudahkan jalan
bagi aku kali ini. Kalau diikutkan, kandungan aku ni adalah kandungan yang
keenam tapi atas sebab-sebab kesihatan serta rezeki yang tidak berpihak kepada
kitorang, yang hidup hanya 2 orang sahaja.
Ye, aku telah mengalami keguguran sebanyak 1 kali sebelum mengandungkan Syafiq
dan 2 kali abortion atas sebab kesihatan selepas Izza. Kandungan kelima adalah dalam tahun yang sama
iaitu tahun 2014.
Pertengahan
bulan November aku rasa lain macam kat perut..aku sering rasa memulas tapi masih
tiada tanda yang merisaukan aku. End of
November aku diarahkan untuk berkursus mulai 28 hingga 30.11.2014 di K.
Lumpur. Pada 29.11.2014, malam terakhir
aku di K. Lumpur, aku rasa sakit perut aku makin menjadi..rasa cam nak terberak
tapi tak ada apa-apa pun yang keluar…aku fikir aku dah tersalah makan masa tue…tapi
semasa bangun pagi nak bersiap dalam toilet aku nampak ada spotted kat panty
liner..rasa berdebar..ADAKAH?..tapi aku cuba untuk relax…mungkin itu tanda awal
mengandung…balik jer dari kursus pada 30.11.2014, aku terus informed laki aku fasal
tanda yang aku nampak…Disebabkan pernah alami keguguran, laki aku ajak aku
pergi jumpa doktor hari esoknya.
1.12.2014,
aku pergi jumpa doktor dan doktor buat scan.
Doktor beritahu kandungan aku dah masuk 8 minggu tapi saiz kandungan aku
agak kecil. Dia suggest untuk buat scan
melalui bawah. Aku terus setuju. Selepas buat scan dari bawah, doktor sahkan
dan beritahu kepada aku yang kandungan aku adalah blighted ovum (hanya kantung
sahaja)…Ya Allah, hanya kau yang mengerti perasaan ini. Sedih?
Susah aku nak gambarkan perasaan aku masa ni. Mungkin dah ketentuanNya. Doktor beri aku ubat turun darah. Kalau dulu aku berat hati nak telah ubat tu
(sebab aku rasa aku macam pembunuh..pembunuh anak aku sendiri), tapi sekarang
aku redha…redha pada ketentuanNya.
Selepas
makan ubat, malam tue aku rasa sakit macam nak beranak..tuhan jer yang
tau..sampai pukul 6.00 pagi aku tanggung kesakitan. Suami aku kat sebelah pun sama..sakit sebab
lengan dia kena ramas ngan aku..huhu..sorry Babah…dia pun ikut sama tak
tidur. Air mata mengalir usah
cerita. Alhamdullillah...pagi tue,
sakit dah mula kurang..tapi ngilu dalam perut masih ada….aku tertidur kepenatan
menahan sakit sampai petang. Ye, aku
hanya bangun untuk buang air dan minum sahaja…selebihnya aku hanya tidur dan
tidur…dan bermula hari itu, aku berpantang buat kali yang keempat tanpa anak di
sisi…Ya, kalau diikutkan, anak yang telah aku kandung berjumlah 6 orang tetapi
Allah pinjamkan sepasang cahaya mata untuk aku dan suami mencurahkan kasih dan sayang.
Insyaallah…aku
yakin Allah dah tetapkan yang terbaik buat aku dan suami. Buat mereka yang pernah mengalami keguguran,
janganlah mudah berputus asa…ingat, Allah sentiasa ada bersama kita…yakin pada
kehendak dan ketentuannya.
![]() |
Permata hati Ibu dan Babah... |
With Love
-Dee-