Monday, 14 July 2014

Waktu Dulu-Dulu....

Malam tadi, waktu aku tengah dok belek muka buku, aku ada ternampak satu post kawan aku sempena hari guru yang lepas.  Member sekolah aku post gambar kelas kitorang.  Tak silap aku masa tue, kitorang dalam Tingkat 3 atau 4 .  So, bila tengok balik gambar tu, tak sangka dah lebih kurang 13 tahun dah usia gambar tu and masing-masing pun dah ada yang berkeluarga…Bila tengok gambar and komen2 kawan, aku senyum sorang-sorang..nasib baik En. Teman dah tidur..kalu idok, mahu dikatanya aku ni gile…

Masa sekolah dulu, aku ni tak aktif langsung ngan sukan…ada la satu sukan yang aku join. Kalau tak silap, aku masuk team bola tampar masa tingkatan 4 tapi jadi player simpanan sajorkkk…ok la dari takder.  aku pun dah lupa naper aku masuk team bola tampar sedangkan aku sindrik tak reti main.  Pernah skali jadi wakil sekolah untuk team bola tampar (walaupun hanya simpanan) kat Sekolah ACS (depan Yoahan)….tapi tak ingat la, sama ada sekolah kitorang ni menang ke tidak..dah lama koooottttt….sukan yang lain memang idok laaaa….

Budak sekolah aku buat reunion kat PD...Sila cari mana aku..ahaks


Tapi, apa yang paling aku ingat sekali, masa sekolah aku agak aktif jugaklah dengan Kelab Kebudayaan…aku join kelab dari tingkatan 2 dan masa tingkatan 5 aku jadi Setiausaha Kelab..aku adalah salah seorang daripada penari kat sekolah tue…sempat la masuk 2 kali pertandingan untuk 2 tahun berturut-turut di Pertandingan menari..(aku lupa nama pertandingan tue..harap maaf) di SMJK Chung Hwa Temiang (kalu tak silap aku lah)..hikhikhik….aku pun ada masuk pertandingan nyanyi lagu Melayu asli…pernah sekali, ada satu masa Radio Negeri Sembilan ada buat pertandingan menyanyi lagu asli..so, aku ngan kawan aku pun pergi la try untuk ujian saringan..then, aku dapat jadi finalis dan dipanggil untuk bertanding di Port Dickson, tapi taklah pergi sebab pertandingan tu buat waktu malam dan aku masa tu masih bersekolah (Ting. 5)….of course, hasrat murni aku tu ditolak mentah2 oleh big bos a.k.a bapak aku…


Tak cukup kat situ, masa sambung belajar di UiTM, aku ada jugak join tarian wakil Kolej untuk Hari Kolej…tak silap aku 3 kali aku wakil kolej..then, buat performance untuk makan malam bagi course kitorang..Tapi, masa ni takder cikgu yang ajar pun.  Step pandai2 sendiri jer..mana yang ingat..kitorang campur adukkan, yang penting cantik…(cantik ker?!)

Kelas BA, OM UiTM Shah Alam..masa ni kat Langkawi..

Event di Taman Tasik Shah Alam, Sek. 2  

Ada gak yang tanya aku, boleh ker aku ni menari sebab aku kan gemsss…aku senyum jerrr…ye lah, kang aku cakap tak cayer…(dulu aku kurus tau...hahahahahaha) biarlah mulut orang…..mentang2 aku gems…(kau hebak sangat ker..sampai nak kata orang lain tak hebak cam mung?!!!!..)

*Sorry banyak melalut…huhuhu…

So far, pengalaman masa sekolah mmg best and aku rasa korang pun rasa cam aku kan…semua benda rasa happy…walaupun selalu kena marah ngan cikgu…walaupun perangai, nauzubillahhhh…tapi, ttp bestttttt……..

With Love

-Dee-

Tolong Beradap Sikit Boleh Tak?

Pagi-pagi lagi dah buat aku hangin…tak beradap sungguh betul la jiran aku ni…dah lama aku tahan sabar dengan perangai dia orang ni…tapiiii…lama-lama boleh meletup gak la kan…Korang bayangkanlah…jiran-jiran yang mengadap depan rumah aku ni sesuka hati dia orang je parking kereta…langsung tak fikir, susah ke? Senang ke? Jiran sekeliling nak lalu lalang…yang penting, dia orang senang….patut ker? (saakiittt ati kitew…aaa)

Terus teranglah aku bagitau…aku ni baru je 1 tahun 3 bulan ada lesen P…(jangan nak sengih2 yer)…so, aku boleh dikirakan agak amatur la dalam bidang pemanduan..ahaks..bahasa koooo…jadi, bila dia orang parking sesuka hati cenggitu, agak payah untuk aku masuk parking dan keluar parking…aku tak kisah kalau dia orang parking kancil depan rumah, sebab bontot kancil tu tak panjang…ni, kereta sedan ok…sedan…bontot panjang…grrrr….
 
Anak panah nak kerumah aku...jalan tue agak sempit yer...so, susah aku nak amik side utk parking..huhuhu..


Kadang-kadang tu, bila adik-beradik dia orang datang, lagi sesuka hati parking senget benget…lagi-lagi ni bulan puasa…lagi laaaa….bukannya apa, bila aku nak masuk parking terpaksa la pulak jalan terus, buat u turn and baru lah masuk parking rumah aku (boleh faham ker  ni?)…so, bila dah selalu berdepan perkara macam ni and kebetulan kena pulak time tu mood aku tak berapa nak ok…mmg agak menyirap la kan…sakit ati woooo…kang buatnya terlanggar bontot kereta ko…dah aku jugak yang salah…tak ke sakit ati…
Cenggini la cara aku nak masuk parking rumah aku...
kena buat u-turn kat jalan hujung..amik side dari arah bertentangan...
 
Sesuka hati je parking....sempit ok..sempit....walhal, kat jalan hujung tue boleh jer parking
bukan jauh mana pun, jarak 3 ke 4 rumah je kot...

Aku pernah la jugak buat muka tak puas hati waktu aku nak pergi keje tue..yelah sebab kita orang akan berjemaah keluar bersesama..(so, korang boleh fikirkan macam mana sibuk nak keluarkan kereta masing-masing)…tapiiii, boleh pulak dia orang buat bodoh jer..kadang-kadang ade gak aku perli….hmmm…hampes…tak makan bro…tak makannn….

Aku tak kisah kalau ko ada 10 biji kereta, 4 buah bas sekalipun….tetapi, tolonglah parking betul2…kalu dah tak muat depan rumah tue, parking la tempat yang boleh muatkan kereta ko..kalu takut kena curi, cuba cari jalan untuk halang perkara tue…senang kan..ini tidak, parking sesuka hati jer.....walaupun depan rumah ko..tapi, ko fikir tak jiran depan rumah nak masuk parking camner?....dah la jalan depan rumah kecik…ko boleh parking bertindih cenggitu…sakit ati akak tau…

Kalau sekali sekala…yes…aku boleh terima..contohnya bila time kenduri kendara ke…yes aku faham…agak susah nak cari parking..tapi kalau dah tiap-tiap hari parking macam tue, boleh ke hadap selalu…tolong la….aku ni bukan penyabar sangat orangnyer…adoooiii..

Dah nak buat keje…..penat menceceh…hilang pahala puasa kang..hahaha

Love

Dee

Sunday, 9 March 2014

Ibu...kenapa ibu tak sama dengan 'Dia'?...huhuhu

Ha kau, dah lama tak update, sekali update ko..sampai 3 kali...hahahaa....

Sebenarnya, aku teringat dekat anak aku Syafiq...semalam, masa tengah tolong dia buat kerja sekolah, aku ada la buat skit pop kuiz...aku bagi perkataan atau gambar, suruh dia eja...nak tengok, dia boleh tangkap tak...alhamdullillah...semakin maju...syukur....

Masa tgh sibuk dok buat ulang kaji tue...aku tunjuk la gambar orang utan...

Ibu:  Syafiq, ini gambar apa?
Syafiq:  Orang Utan bu..
Ibu:  Bagussssss...cuba eja...
Syafiq: (Mengeja dengan jayanya)...


lepas jer dia jawab soalan pop kuiz aku tue....dia pulak bagi aku soklan cepumas...

Syafiq:  Ibu, nape nama monyet ni Orang Utan?
Ibu:  Sebab dia macam orang, cuba Syafiq tgk tangan dia..muka dia..ada iras2 manusia kann....tapi dia tak sama macam kita...dia jenis monyet...(cenggitula lebih kurang jawapan aku).
Syafiq:  Oooooooooooooooo......(macam faham jer).....Habis tue, naper badan Ibu tak der bulu macam dia?
Ibu:  gulp....

Laki aku dengar, terus gelak macam org meroyan...kuang jaq sgtttttt.....takper2.......sabar yer Dee...

Apa pandang2....

With Love


Dee

Masala Bhangraa…….ammmaaa…..

Hiiiiiiiii uollssssss…..ceria2….ni, hakak nak citer….hari tue, pd 8.2.2014, hakak ada join satu event senamrobik kat salah satu fitness center kat area Seremban 2… seronok woooo…siap ada artis jemputan gitew...siapa lagi, Kak Adilla la...…mmg happening…tema hari tue, ‘Masala Bhangraa’..berbollywood la kiranya sekalian manusia pada hari tersebut…waaaaa….suka2…..

Sebenarnya, dah lama dah tengok Kak Adilla punya aktiviti aerobik kat FB beliau…sgtlah happening.....so, bila dah ada peluang untuk jumpa dia masa hari kejadian, amatlah seronoknya yang ter ber…So far, hari tue, kita org buat rutin untuk Masala Bhangra….stepnya mmg lembut..tapi peluh yg keluar…naik lencun baju aku….huhuhuhu…fuh, berbaloi….siap ada battle lagi ko…hahahahahahahaahahaa…..muka aku haruslah yg kene enteprem…kui..kui…kui….

Selesai, buat Bhangraa….kita orang continue pulak dengan rutin Zumba & Batuka…wallaaahhh…instructornya, siapa lagi kalu bukan Kak Eija super de gojessss….

Memang berbaloiiiiiiii-balooooiiiiii….instructor yang sporting and happening….participant yang gojes2…haruslah berbaloooiiiiii… lagi 2 minggu ada event kat Royal Sungai Ujong Club…macam nak join jer..hihihihihihi…….

Moh, tengok gambar hakak ‘n’ da gojes2 yang lain….
Pose 1

Pose 2

Pose 3

Member yg sgt happening...
(Sila abaikan kegedikkan yang melanda....)
Kak Adilla yang sgt la comel...

Dengan Kak Eija yang super gojes...

Geng Letopsss....hahaha



With Love,


Dee

Murahnya Nilai Cinta....

Vavavavava….pepagi dah berfalsampah gitew…aku bukannya apa, kekadang pelik dengan perangai sesetengah manusia yang terlalu taksub dengan cinta…sampaikan tak tahu nak menilai mana satu permata mana satu kaca…

Kadang-kadang, bila bercinta ni…kita jadi lupa dgn apa yg kita buat…kita jadi leka…semuanya nampak indah…tak kisahlah kentut ko bau bangkai ke….muka ko serupa tar berlopak dah bertahun tak berturap…yang penting, dimata kita ttp wangi..tetap hensem….pedulikan apa orang kata, asalkan kita bahagia..

Itu kalau pilihan kita tepat, alhamdulillah….syukurrrr…Tapi, buat yang pilihannya kurang tepat atau senang cerita pasangan kita tue jenis yang suka ambil kesempatan di atas kelemahan diri kita?..apa patut kita buat?...itu yang boleh jadi kes pisau cukur, kes belasah membelasahi pasangan…kes pasang 3 – 4 orang skandal..kesiannnnn…

Kadang-kadang perkara mcm ni pun boleh berlaku pada ahli keluarga kita or orang sekeliling kita…sebagai orang yang terdekat, mungkin kita boleh cuba untuk beri nasihat, tapi apa yang penting adalah tuan empunya badan itu sendiri untuk terima kenyataan itu atau tidak…sebab terdapat sesetengah manusia  ni, bila dinasihatkan, dikatanya kita ni busy body, jealous or dengki tgk betapa dia bahagia….payah jugakkan..

Pokok pangkalnya, bila bercinta tue biarlah berpada-pada..jgn percaya 100%.....jgn diserahkan segala-galanya….manusia ni, rambut jer sama htiam..hati lain-lain…sementara masih bernilai, kitalah intan..kitalah payung..bila dah habis nilainya, silap sebesar tungau pun boleh diungkit….masa tue, makan hati berulam jantung pun dah tak guna…nak salahkan siapa?...

#harinifeelingnakjadikaunselorpulak#....



With Love,

Dee


Wednesday, 25 December 2013

BUKAN KERANA AKU TAK CINTA.....

Uiit...uitt.uitt...dah lama woooiii aku tak jengok blog suam-suam kuku aku ni...huhuhu...bukan apa, lutut aku ni dah 2 minggu sakit..bukan sikit-sikit punya sakit...sakit giler...(alhamdullillah, moga2 terhapus dosa2 kecil aku)...amin...So, sepanjang aku sakit ni, tak banyak benda yang aku buat...balik kerja, lepak depan tv pastu tido...tu jer la aktiviti aku pun...and aku rasa berat aku dah mula naik lagi...selepas aku buat rejim pendietan (gituehhh)...aku dapat rasa gak berat aku turun..tapi selepas sakit lutut ni, aku dah kurang bergerak...rasa cam dah mula naik balik....huhuhuhu...

Ok2...aku sebenarnya bukan lah nak mengadu nasib pun kat sini...aku sebenarnya, nak citer pasal drama yang skang tengah main kat Astro...'Bukan Kerana Aku Tak Cinta'..aku sebenarnya dah lama tak layan drama melayu..aku layan citer Ogy & The Cockroach jer...aku mula tau citer ni daripada laki aku...hahhahahaa...yer, laki aku...Aku tak sangka laki aku ni layan citer melayu..lagi2 citer cinta..sebabnya, laki aku ni memang tak suka layan citer melayu sebab dia kata, jalan citernye sama jer...cinta terhalang, cinta teraniaya, anak dato jahat berubah baik...so, dah tau ending citer tue macam mana...dan aku memang faham sangat ngan laki aku ni...hahaha...

Tapi, malam tadi, aku mmg terkejut giler beb...dia leh layan citer Bukan Kerana Aku Tak Cinta ni ngan anak bujang aku....dan rupa2nya, dia pernah layan ulangan citer ni sampai jam 2.00 pagi..hahahahahahaa...taksub yang amat kot...anak laki aku pun dah kenal ngan Jebat...asal nampak jer iklan citer tue...mesti dia cakap.."Babah, malam ni Jebat ada tak?"...hahahaha...mula2, aku pelik gak dia dok citer pasal Jebat kat aku..Jebat jaga kolam...yang aku tau Jebat tue pendekar...bila masa pulak dia ada kolam...hahahahaa...So, now, aku dah tau sapa itu Jebat...

Sebelum ni, kalau kat office, kawan2 aku tanya pasal drama2 melayu kat tv..sumpah aku tak tau....ala2 citer2 novel tue....paling banyak aku dengar kat office ni, citer Mr. Arrogant...kalau diorg citer, aku stop bercakap jap..sebab aku mmg tak tau..nak menyampuk pun, tak boleh..hahaha...so biarkan ajer...at least aku tau citer tue sikit2 dari kengkawan aku...

Tapi citer Bukan Kerana Aku Tak Cinta ni, pada mulanya aku mmg tak pernah tau pasal citer ni..tapi bila dah tengok malam tadi, eh..eh..eh..sronok pulak..haha....So, skang ni, aku tak sabar nak tunggu ulang tayang citer tue..sbb aku tak tgk dari first lagi...hui..hui..hui... Best gak Sharnaz Ahmad ni...Nelydia pun best gak...mmg sepadan sungguh diorg berlakon berdua...OST untuk citer ni pun best.....hihihihihihihih.....

Ok, lah...nnt kalu ada kesempatan lagi...aku update yer...daaaa..

With Love
Dee

Tuesday, 19 November 2013

Filem Highland Tower vs Tragedi Villa Nabila

Korang dah tengok ke belum filem Highland Tower?..ada yang kata best, seram..siap ada yang kena hesteria kat wayang..dan tak kurang juga ada yang kata, tipu…adik aku angah, siap tgk kat MBO Terminal 2 ngan tunang dia..dahlah sebelah MBO tue, jirat Cina..*jirat tue kubur yer..ini bagi yang tak tau la…beria-ia cerita kat kitorang..seram la, real la…so, aku pun apalagi teruslah melanggan kat Astro First (cepat giler kluar kat Astro)… punyalah tak sabar nak tgk the real hantu…*macam berani je ko kan..ermmm, first time tengok tu, mmg asyik terkejut je la kan…masa tu tengok ramai2 ngan adik-beradik aku, ipar duai termasuk mak pak aku sekali…yang perempuan2 termasuk aku la tu, terjerit2 jugak la..hihihihihi…bukannya takut..tapi terkejut2…*eleh tak nak ngaku la tue….yang lelaki, aku tgk steady jer..siap jebik2 bibir lagik…

Ehsan dari Pakcik Google

Memandangkan kitorang tgk filem ni kat Astro First, so boleh la ulang 2 ke 3 kali…2nd time tgk, aku dah rasa cam pelik..ermm…cam tipu jer..cam tipu jer…aku rasa yang kene rasuk tue cam dibuat2…*pada pendapat aku la..korang jgn lak marah…tapi serius, kali kedua tgk filem tue, dah tak der adegan nak terjerit2 lagi dah..masing2 sume dok buat Q &A ..”Eh, betul ke tu?..ntah2 org dok menyamar jadi antu kot..”..hihihi…bagi aku la kan, kalau betul la yang diorg nampak tue hantu, awal2 lagi diorg dah cabut..ni siap nak repeat, kononnya nak cari footage la..apa la…bapak aku lagi best, “Eleh, bodoh2 je kena tipu korang ni..”..hahahahaha…tak pasal2 kena bodoh ngan bapak sendiri.. bagi aku la, filem ni ok la nak buat stok terkejut2 depan tv..

Lepas heboh fasal filem Highland Tower ni, tetiba timbul plak cerita fasal Villa Nabila kat Johor yang katanyer ada 23 orang budak dah hilang…maka, dengan gigihnya aku pun cari info kat tenet berkenaan dengan hal ni… bermacam-macam jugaklah info yang keluar kat FB, Insta, blog menceritakan fasal kejadian kat Villa tue….daripada 23 orang yang hilang, 22 orang telah dijumpai dan hanya seorang yang masih belum dapat dikesan..apa lagi, keluarlah cerita yg konon2nya budak tue dah kena sorok kat hantu2 yang menghuni Villa tsbt..tup2, ghoper2nyer budak tue duk lepak kat rumah member dia dengan girlfriend dia sekali…hadoilaaaaa…buang masa tul laa..info fasal kejadian kat Villa ni aku dapat dari blog Mazidul dan Hazrey
 
Ehsan juga dari Pakcik Google
Bagi aku la, tak payahlah kita manusia ni dok sibuk2 cari ‘benda2’ tue..dah mmg ada pun..dalam Al-Quran pun telah dinyatakan kewujudan syaitan & iblis ni..dan tempat2 kosong, terbiar dan kotor tu mmg menjadi kesukaan mereka…

Aku kalau diberi offer RM1 juta sekali pun untuk cari benda alah tu, dengan relanya aku tolak…tak sanggup woooo…..

Keylah..tue jer N3 hari ni…daaaa

-Love-